Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik, gas diturunkan bagi suku pertama 2019

Tarif elektrik dan gas akan diturunkan pada suku pertama 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 03:26PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:35PM

SINGAPURA: Tarif elektrik dan gas akan diturunkan pada suku pertama 2019.

Tarif elektrik susut secara putara sebanyak 1.2 peratus atau 0.28 sen bagi setiap kWh mulai 1 Jan hingga 31 Mar tahun depan, berbanding suku sebelumnya.

Demikian diumumkan SP Group hari ini (30 Dis).

Tarif elektrik bagi setiap rumah berkurangan dari 24.13 sen kepada 23.85 sen setiap kWh. Buat masa ini, purata bil bulanan bagi flat empat bilik HDB akan turun sedolar, menurut SP Group.

Tarif lebih rendah sebahagian besarnya disebabkan kos gas asli yang turun bagi penjanaan elektrik, berbanding suku sebelumnya.

Ini merupakan penyusutan harga pertama sejak suku terakhir 2017, yang mana tarif rumah ketika itu adalah 20.30 sen setiap kWh.

SP Group menyemak tarif elektrik pada setiap suku, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), pengawal selia industri elektrik.

TARIF GAS JUGA TURUN

Dalam kenyataan media berasingan, City Gas turut mengumumkan hari ini (30 Jan) bahawa tarif gas akan turun pada suku pertama 2019, iaitu sebanyak 0.81 peratus atau 0.16 sen setiap kWh, dari 19.67 sen setiap kWh kepada 19.51 sen setiap kWh.

Ini disebabkan penurunan pada kos minyak berbanding suku sebelumnya, menurut City Gas dalam kenyataan medianya.

"City Gas menyemak tarif gas berdasarkan garis panduan yang ditetapkan EMA," menurut kenyataan itu lagi.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan