Tarif elektrik dan gas lebih tinggi antara Okt hingga Dis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tarif elektrik dan gas isi rumah akan dinaikkan bagi tempoh Oktober hingga Disember disebabkan oleh kos tenaga yang lebih tinggi.
Berbanding suku sebelumnya, tarif elektrik keseluruhan akan meningkat secara purata sebanyak 0.3 peratus atau 0.08 sen setiap kilowatt sejam (kWh) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut pengendali grid SP Group pada Selasa (30 Sep).
Bagi keluarga yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik, ini bermakna kenaikan pada purata bil elektrik bulanan sebanyak S$0.31 sebelum GST.
Tarif gas sebelum GST juga akan meningkat sebanyak 0.07 sen setiap kilowatt sejam, daripada 22.28 sen setiap kilowatt sejam kepada 22.35 sen setiap kilowatt sejam bagi suku akan datang, menurut City Energy.
SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal selia industri elektrik, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).
Komponen kos tenaga bagi tarif elektrik untuk setiap suku tahun ditetapkan menggunakan purata harga gas asli dalam dua setengah bulan pertama pada suku sebelumnya, menurut SP Group.
"Tarif elektrik mungkin berubah dari suku ke suku disebabkan oleh harga bahan api global yang tidak menentu didorong oleh faktor geopolitik," tambahnya.
City Energy juga menyemak tarif gas setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh EMA.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.