Tarif elektrik dan gas lebih rendah dari Jul-Sep 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB. (Gambar fail: CNA)
SINGAPURA: Tarif elektrik dan gas isi rumah akan dikurangkan bagi tempoh antara Julai hingga September berikutan kos tenaga lebih murah selepas ia kekal stabil pada suku sebelumnya.
Berbanding suku sebelumnya, tarif elektrik diturunkan sebanyak 2.3 peratus atau 0.65 peratus setiap kWj sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut pengendali grid negara SP Group pada Isnin (30 Jun).
Tarif elektrik 27.47 sen setiap kWj sebelum GST bermakna purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dikurangkan sebanyak S$2.36 sebelum GST.
Tarif gas sebelum GST juga akan dikurangkan sebanyak 0.44 sen setiap kWj, daripada 22.72 sen setiap kWj kepada 22.28 sen setiap kWj bagi suku seterusnya disebabkan kos bahan api yang lebih rendah, menurut City Energy.
SP Group, yang memiliki dan mengendalikan rangkaian elektrik Singapura, menyemak semula tarif elektrik setiap suku tahun mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal selia industri, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).
Tarif elektrik terdiri daripada empat komponen, termasuk kos tenaga yang dibayar kepada syarikat penjanaan kuasa dan kos rangkaian yang dibayar kepada SP Group untuk memulihkan kos membekalkan elektrik melalui grid kuasa.
Terdapat juga yuran perkhidmatan sokongan pasaran yang dibayar kepada SP Group yang memulihkan kos bil dan bacaan meter, serta yuran yang dibayar kepada syarikat pasaran tenaga yang memulihkan kos pengendalian pasaran borong elektrik dan sistem kuasa.
City Energy juga menyemak semula tarif gas setiap tiga bulan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh EMA.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.