Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif City Gas turun 3.64% dari 1 April hingga 30 Jun

Tarif City Gas bagi penggunaan di rumah akan diturunkan sebanyak 3.64 peratus atau 0.71 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh) dari 1 April hingga 30 Jun, menurut syarikat itu hari ini (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif City Gas turun 3.64% dari 1 April hingga 30 Jun

(Gambar: Thomson Peter/Reuters)

Diterbitkan : 31 Mar 2019 03:54PM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 04:00PM

SINGAPURA: Tarif City Gas bagi penggunaan di rumah akan diturunkan sebanyak 3.64 peratus atau 0.71 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh) dari 1 April hingga 30 Jun, menurut syarikat itu hari ini (31 Mac).

Ini bermakna para pelanggannya hanya perlu membayar 18.80 sen bagi setiap kWh, tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), berbanding 19.51 sen sebelum ini.

Menurut City Gas dalam satu kenyataan media, penurunan itu disebabkan oleh kos bahan api yang lebih rendah berbanding suku sebelumnya. 

City Gas menyemak tarif gas berdasarkan garis pandu yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), yang sudah meluluskan tarif gas tersebut bagi tempoh tiga bulan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan