Skip to main content

Singapura

Tarif baharu 10% Trump mungkin wujudkan ketidakpastian perniagaan: Ong Ye Kung

Menjawab persoalan berhubung kesan tarif baharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebanyak 10 peratus ke atas Singapura, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ia mungkin mewujudkan lebih banyak ketidaktentuan bagi perniagaan-perniagaan di sini.
Anggaran Waktu Membaca:
Tarif baharu 10% Trump mungkin wujudkan ketidakpastian perniagaan: Ong Ye Kung
Tarif baharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebanyak 10 peratus dijangka mewujudkan ketidakpastian perniagaan. (Gambar: Mediacorp)
Diterbitkan : 21 Feb 2026 07:30PM
SINGAPURA: Menjawab persoalan berhubung kesan tarif baharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebanyak 10 peratus ke atas Singapura, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ia mungkin mewujudkan lebih banyak ketidaktentuan bagi perniagaan-perniagaan di sini.

"Saya rasa apa yang perlu kita lakukan adalah untuk bertenang. Apa yang para pelabur dan peniaga tidak sukakan adalah ketidakpastian, bukan setakat tarif.

"Jika dikenakan tarif yang konsisten, mereka boleh rancang bagaimana untuk melabur, bagaimana untuk eksport, import, jalankan perniagaan dan mempertimbangkan (tarif itu) ke dalam kos perniagaan.

"Apa yang tidak baik untuk perniagaan adalah apabila ia tidak menentu, lalu anda tidak boleh merancang. Jadi, kita sangat berharap dengan waktu, keadaan akan menjadi lebih stabil," kata Encik Ong.

Dalam pada itu, menurut pemerhati pasaran, apabila pentadbiran Encik Trump meneliti asas undang-undang lebih kukuh bagi agenda perdagangannya, tarif mungkin menjadi lebih bersasar dan tertumpu pada sektor tertentu.

Ini terutama sekali bagi industri-industri seperti semikonduktor, logistik dan perubatan.
Sumber : CNA/QA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita