Tarif 12.5% Trump berpotensi jejas satu pertiga eksport SG ke Amerika: MTI
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal kargo kelihatan berlabuh di terminal pelabuhan Pasir Panjang. (Gambar: Roslan RAHMAN / AFP)
SINGAPURA: Kira-kira satu pertiga daripada eksport domestik Singapura ke Amerika Syarikat berpotensi terjejas oleh tarif baharu sebanyak 12.5 peratus oleh pentadbiran Presiden Donald Trump di bawah langkah perdagangan yang dikaitkan dengan siasatan Amerika Syarikat mengenai penguatkuasaan buruh paksa.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI) pada Khamis (4 Jun) menyatakan pihaknya sedang menilai kesan potensi langkah tersebut dan akan terus berunding dengan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).
Awal minggu ini, USTR menerbitkan hasil siasatan di bawah Seksyen 301 terhadap 60 ekonomi selepas dipercayai gagal menguatkuasakan larangan ke atas import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
Siasatan itu menyimpulkan bahawa 54 ekonomi, termasuk Singapura, China dan Britain, “gagal mengenakan serta menguatkuasakan larangan import berkaitan buruh paksa secara berkesan”, dan mengusulkan tarif sebanyak 12.5 peratus ke atas barangan tertentu.
Cukai yang diusulkan itu akan dikenakan ke atas sebahagian eksport yang terjejas, dengan pengecualian diberikan kepada kategori seperti produk tenaga, bahan farmaseutikal, sesetengah produk elektronik dan semikonduktor.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, MTI menyatakan: “Kementerian Perdagangan dan Perusahaan akan terus melibat urus secara membina dengan USTR untuk meneroka pilihan berkaitan perkara ini, dan sedang menilai kesan tindakan yang dicadangkan terhadap eksport Singapura ke Amerika Syarikat.”
Kementerian itu turut mengulangi pendirian Singapura bahawa negara ini tidak bertolak ansur terhadap penggunaan buruh paksa dalam rantaian bekalan dan mempunyai rangka kerja penguatkuasaan domestik yang menyeluruh bagi menangani amalan tersebut.
MTI juga menegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan pelibatan Singapura dalam rantaian bekalan yang dikaitkan dengan buruh paksa.
“Buruh paksa merupakan isu rentas negara yang memerlukan kerjasama antarabangsa,” kata seorang jurucakap MTI, sambil menambah bahawa Singapura sudah menyampaikan pendiriannya semasa rundingan dua hala dengan USTR.
Menurut USTR, ekonomi yang gagal menghalang import barangan yang dihasilkan melalui buruh paksa mewujudkan persaingan tidak adil dengan membenarkan produk yang lebih murah secara tidak semula jadi memasuki pasaran global, sekali gus membebankan perniagaan di Amerika Syarikat.
Tarif yang diusulkan itu tidak akan berkuat kuasa serta-merta.
Ia masih tertakluk kepada proses maklum balas awam dan semakan, dengan sesi pendengaran dijadualkan bermula pada 7 Julai.
Langkah itu diambil ketika tarif sementara sebanyak 10 peratus yang dikenakan selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan tarif "balasan" sebelum ini dijangka tamat pada 24 Julai.
Penganalisis berpendapat usulan terbaharu itu merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas Washington untuk membina semula rejim tarifnya menyusuli keputusan mahkamah tersebut.
Singapura dan 15 ekonomi lain turut disenaraikan dalam satu lagi siasatan USTR yang masih berjalan berkaitan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran dalam sektor pembuatan.
Hasil siasatan itu masih belum diumumkan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.