Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarian pengawal trafik, kemunculan biawak di litar & pekerja hijrahan 'dibelanja' antara sorotan hujung minggu F1 SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Grand Prix Singapura Formula One melabuhkan tirainya pada Ahad malam (17 Sep), yang menyaksikan kemenangan sulung pelumba Ferrari Carlos Sainz bagi musim ini. Ia sekali gus menamatkan rekod kemenangan pemandu Red Bull Max Verstappen selepas memenangi 10 perlumbaan berturut-turut sebelum ini.

Pelumba McLaren Lando Norris pula menduduki tempat kedua manakala pemandu Mercedes Lewis Hamilton merangkul tempat ketiga.


Seramai 264,108 peminat dianggarkan membanjiri Litar Marina Bay selama tiga hari pada hujung minggu lalu sepanjang berlangsungnya acara tersebut. Ia melepasi jumlah jangkaan pihak penganjur, iaitu seramai 250,000 penonton.

Namun selain kemeriahan yang hangat dirasakan di litar Marina Bay itu, terdapat juga pelbagai kegiatan di luar litar yang menyemarakkan lagi suasana sekitar acara tersebut. Berikut adalah antara sorotan daripada acara perlumbaan malam itu yang anda mungkin ketinggalan.

PEMINAT F1 SEDIH SELEPAS ‘ANAK GODZILLA’ MUNGKIN DIBUNUH OLEH ALONSO

Beberapa ekor biawak mencuri perhatian ramai setelah 'tetamu-tetamu yang tidak diundang itu' dilihat berkeliaran di Litar Perlumbaan F1 semasa sesi latihan pertama pada Jumaat (15 Sep).

S


Bendera berwarna kuning dikibarkan untuk memberi amaran kepada pemandu mengenai 'penceroboh' itu. Malangnya, salah seekor biawak itu sepertinya tidak terselamat dalam pengembaraannya di seluruh tarmak batu tar kerana ia mungkin dilanggar pelumba Fernando Alonso dari Aston Martin.

Meskipun insiden itu tidak disiarkan secara langsung, rakaman daripada kereta Alonso bagaimanapun menunjukkan keretanya gagal mengelak biawak berkenaan.

PEKERJA HIJRAHAN 'DIBELANJA' TONTON F1 BUAT PERTAMA KALINYA

Dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu, pertubuhan masyarakat 'It's Raining Raincoats' berkongsi bahawa sekumpulan pekerja hijrahan telah diundang untuk menonton sesi latihan Grand Prix Singapura secara langsung di Padang buat kali pertama.

Inisiatif tersebut merupakan tanda terima kasih kepada pekerja hijrahan yang terlibat dalam membina infrastruktur tersebut bagi acara besar-besaran itu. Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan dengan bantuan Singapore GP, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan, penderma serta sukarelawan, menurut It's Raining Raincoats.

PENGAWAL TRAFIK HIBURKAN PEMINAT DENGAN GERAK GERINYA

Seorang pengawal trafik dilihat memaparkan gerak gerinya dengan penuh 'bergaya' ketika dia mengawal trafik di Litar Marina Bay pada hari ketiga acara tersebut.

Dalam satu video yang dirakam oleh wartawan visual TODAY, pengawal trafik itu memberi isyarat dengan penuh gaya. Dia juga dilihat menampilkan gerak geri yang menyerupai robot pada beberapa ketika.

Penampilan pengawal trafik itu mengukir senyuman pada wajah para pejalan kaki, dengan sebilangan mereka malah tidak melepaskan peluang untuk merakam gelagat pengawal trafik tersebut.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan