Skip to main content

Singapura

Tapak sukan ikonik Farrer Park bakal jadi estet perumahan awam baharu, raikan kejayaan sukan negara

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2025 07:50PM Dikemas Kini : 04 Jan 2025 10:31PM
SINGAPURA: Para penduduk Farrer Park kini boleh mempelajari lebih lanjut tentang sejarah sukan kejiranan mereka.

Pernah menjadi tapak pusat pelbagai sukan tempatan sehingga tahun 1980-an, Farrer Park kini mempunyai lukisan dinding yang memberikan penghormatan kepada beberapa atlet terhebat negara, serta karya seni bertema sukan.

Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memelihara warisan kawasan tersebut dan mendidik generasi muda.

Mural setinggi 15 tingkat ini juga mengingatkan para penduduk tentang khazanah kisah kejayaan sukan yang pernah bersinar di sini.

Estet Farrer Park yang dibangunkan semula dijangka akan merangkumi kemudahan sukan dan rekreasi yang mengingatkan sejarah sukan masa lalunya.

Seluas 10 hektar, tapak ini akan segera menjadi estet perumahan awam baru, dengan kira-kira 1,600 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Rumah-rumah ini akan menggabungkan dengan kemudahan sukan dan rekreasi yang terbuka kepada orang awam.

Ini termasuk trek berlari-lari anak yang akan merentasi estet tersebut, serta pusat sukan baru.

Selain kemudahan sukan, para penduduk juga akan mempunyai akses kepada kemudahan seperti ruang masyarakat, kedai-kedai dan pusat penjagaan kanak-kanak.
 
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita