Tapak sekitar KTM lama dikenal pasti bagi Loji Pemulihgunaan Air Kranji, Kilang NEWater baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PUB)
SINGAPURA: Tapak di sekitar laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang asal sudah dikenal pasti bagi Loji Pemulihgunaan Air Kranji dan Kilang NEWater Kranji yang baharu.
Tapak yang dikenal pasti ini termasuk sebahagian daripada bekas laluan kereta api KTM, iaitu sebidang tanah tumbuh-tumbuhan seluas 10 hektar dan tanah perkuburan di bekas Kampong Wak Selat.
Tapak seluas kira-kira 26 hektar yang terletak di bahagian utara Loji Pemulihgunaan Air Kranji sekarang, akan merangkumi sebahagian tanah dari tapak sedia ada bagi kemudahan baharu tersebut, menurut agensi air negara PUB dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (28 Jul).
Pemilihan tapak itu mengambil kira pertimbangan alam sekitar dan keperluan penggunaan tanah jangka panjang Singapura, menurut PUB dan URA.
Loji Pemulihgunaan Air Kranji dan infrastruktur Kilang NEWater Kranji "akan menyokong pembangunan kediaman dan perindustrian yang sedia ada dan yang akan datang di kawasan utara dan barat laut."
Ini termasuk Admiralty, Woodlands, Daerah Eko Sungei Kadut dan Tengah New Town.
Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula 2027 dan Loji Pemulihgunaan Air Kranji serta Kilang NEWater Kranji yang baharu dijangka mula beroperasi menjelang 2035.
PUB juga sudah melancarkan tender yang bertujuan melantik perunding bagi khidmat kejuruteraan profesional bagi perancangan dan reka bentuk awal Loji Pemulihgunaan Air Kranji dan Kilang NEWater Kranji di tapak yang dikenal pasti itu.
TAPAK BARU DIPILIH
Dalam mengenal pasti tapak yang sesuai, PUB dan URA bekerjasama dengan agensi lain di peringkat perancangan masa depan untuk mengambil kira pertimbangan alam sekitar dan penggunaan tanah.
Dengan pembangunan Daerah Eko Sungei Kadut dan pembangunan semula tapak perlumbaan Singapura yang berdekatan - Singapore Turf Club yang akan ditutup menjelang Mac 2027 - tapak loji pemulihgunaan air sedia ada boleh dibuka kepada "penggunaan keperluan yang lebih tinggi" seperti tempat pekerjaan industri baharu.
Pembangunan di kawasan Kranji melengkapkan rancangan lain bagi daerah utara, termasuk pembangunan semula Pusat Pemeriksaan Woodlands dan perancangan induk Lim Chu Kang menjadi kelompok makanan pertanian berteknologi tinggi.
Pembangunan Loji Pemuligunaan Air Kranji dan Kilang NEWater Kranji di tapak yang dikenal pasti itu dijayakan dengan penjajaran semula Koridor Kereta Api di sepanjang Woodlands Road ke stesen MRT Kranji.
Ini pertama kali dibentangkan semasa Pelan Induk Konsep Koridor Kereta Api pada tahun 2015.
URA juga sudah berunding dengan agensi awam dan pihak berkepentingan awal dan secara meluas semasa proses itu dan melibatkan mereka dalam cadangan penjajaran semula.
Ini diakui oleh Kerjasama Koridor Kereta Api yang terdiri daripada wakil kumpulan berkepentingan alam semula jadi dan warisan serta pihak berkepentingan masyarakat, menurut PUB dan URA.
"Penjajaran semula itu kemudian dibentangkan semasa pameran awam Pelan Induk Konsep Koridor Kereta Api pada tahun yang sama, dan dipamerkan secara terbuka di pameran Draf Pelan Induk 2019 URA, sebelum rancangan itu diwartakan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk 2019," tambah pihak berkuasa.
Pada Februari 2023, penjajaran semula di sepanjang stesen MRT Kranji sudah diselesaikan dan dibuka kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada Koridor Kereta Api (Utara).
PENJAJARAN SEMULA KORIDOR KERETA API
Penjajaran semula Koridor Kereta Api memudahkan perancangan untuk menjadikan rangkaian Kranji sebagai laluan utara ke Koridor Kereta Api dan ia juga "melapangkan sebidang tanah yang agak luas bersebelahan" di kawasan sekitar landasan KTM untuk "dirancang dan dibangunkan semula" secara optimum untuk memenuhi keperluan masa depan.
PUB dan URA menyatakan bahawa agensi-agensi akan memperkukuh ketersambungan ekologi Koridor Kereta Api yang diselaraskan semula dengan "langkah penanaman dan kajian yang dipertingkatkan seperti strategi landskap".
Ini akan menyepadukan Koridor Kereta Api dengan peruntukan ruang menghijau dan "landskap pembangunan masa depan" untuk menjadikannya lebih luas jika boleh.
Lembaga Taman Negara (NParks) juga sedang mengkaji cara untuk meningkatkan ketersambungan ekologi di sepanjang Sungei Pang Sua dan di sepanjang Sungei Mandai ke hutan bakau dan tanah lumpur Mandai.
MENILAI KESAN PEMBANGUNAN SEMULA KEPADA ALAM SEKITAR
Perunding khidmat kejuruteraan profesional yang akan dilantik PUB juga perlu menjalankan penilaian terperinci untuk menilai potensi kesan pembangunan semula ini kepada alam sekitar.
Ia juga perlu menjalankan kajian warisan bekas penjajaran landasan KTM dan bekas Kampong Wak Selat dan tanah perkuburan di tapak tersebut.
Kedua-dua dapatan akan "dipertimbangkan, dan langkah-langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar akan diadakan dan dilaksanakan semasa pembinaan dan pelaksanaan projek", menurut PUB dan URA.
Pihak berkuasa menambah bahawa wakil kumpulan alam semula jadi sudah dirujuk awal untuk membantu skop penilaian kesan alam sekitar bagi memastikan kajian yang mantap dan menyeluruh.
Agensi juga sudah mengumpul maklum balas daripada kumpulan alam semula jadi dan warisan semasa taklimat dan lawatan ke tapak serta ketersambungan ekologi kawasan itu akan terus dipertingkatkan apabila projek itu bermula, menurut PUB dan URA.
Selain itu, agensi juga sedang meneroka pilihan untuk memperingati penjajaran laluan kereta api KTM dahulu, supaya dapat membolehkan orang ramai menghargai pentingnya sejarah tapak tersebut.
"Dalam mengukuhkan daya tahan air Singapura, kami menyasarkan untuk mencapai keseimbangan yang baik antara mengoptimumkan penggunaan tanah dan keperluan untuk melindungi alam sekitar," menurut PUB dan URA.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.