Tapak Raffles Town Club akan dipulangkan kepada Pemerintah pada 2026 bagi pembangunan kediaman

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Pajakan bagi tanah yang menempatkan Raffles Town Club (RTC) tidak akan diperbaharui apabila ia tamat pada 2026, dengan tanah itu diperuntukkan buat pembangunan kediaman pada masa depan, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (20 Nov).
Kelab itu terletak di 1 Plymouth Avenue, antara Whitley Road dengan Dunearn Road, berdekatan stesen MRT Stevens.
Pembangunan semula tapak itu juga akan "menyokong permintaan masa hadapan dan meningkatkan ciri kediaman kawasan itu," menurut SLA dan URA dalam satu kenyataan bersama.

Langkah itu juga selaras dengan fokus membangunkan semula tapak brownfield bagi memenuhi permintaan tanah pada masa hadapan, termasuk perumahan, tambah kedua-dua agensi itu.
Akibatnya, pajakan RTC tidak akan diperbaharui apabila tamat tempohnya.
Raffles Town Club boleh meneruskan operasinya di tapak itu sehingga pajakannya tamat pada 17 Okt 2026. SLA akan bekerjasama rapat dengan kelab berkenaan untuk mengembalikan tanah itu kepada pemerintah.
Menurut SLA dan URA, jika Raffles Town Club mahu meneruskan operasi selepas pajakan semasanya tamat, pihak agensi akan menghubungi kelab berkenaan hartanah yang sesuai melalui tender terbuka, atau kelab itu juga boleh meneroka pilihan lain daripada pasaran terbuka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.