Skip to main content

Singapura

Tapak Pusat Penyiaran Caldecott mungkin dijadikan kawasan perumahan privet; tender ditutup pada 9 Dis

Sebidang tanah yang pernah menempatkan Pusat Penyiaran Caldecott berdekatan Kolam Air MacRitchie, mungkin dijadikan tapak perumahan dengan hampir 70 hartanah privet berhalaman yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2020 04:34PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 09:05PM

SINGAPURA: Sebidang tanah yang pernah menempatkan Pusat Penyiaran Caldecott berdekatan Kolam Air MacRitchie, mungkin dijadikan tapak perumahan dengan hampir 70 hartanah privet berhalaman yang baru.

Mediacorp akan menjual bidang tanah yang menurut syarikat perunding hartanah adalah lokasinya yang baik dalam kalangan rumah-rumah banglo mewah dan lengkap dengan beberapa kemudahan.

Selama lebih enam dekad, kawasan di Andrew Road itu menjadi tapak operasi Mediacorp, sebelum ia berpindah lima tahun lalu.

Terletak dalam kalangan rumah-rumah banglo mewah di estet Bukit Caldecott, tapak seluas tujuh hektar ini kini dibuka untuk tender.

Ia mungkin menjadi kawasan perumahan terdiri daripada 67 rumah dua tingkat seluas sekitar 800 meter persegi atau "junior GCB", jika diluluskan pihak berkuasa.

Selain dekat dengan beberapa buah sekolah, Kolam Air MacRitchie dan Stesen MRT Caldecott, para pengamat hartanah berkata ada juga prospek bagi kawasan ini kerana tidak banyak rumah privet berhalaman baru yang dibina sejak kebelakangan ini.

Dengan baki lagi 73 tahun pajakan tanah, satu permohonan sudah dibuat untuk mengubah pajakan tanah kepada 99 tahun.

Rumah-rumah yang disarankan dijangka benilai antara S$11 juta hingga S$13 juta berbanding banglo mewah pegangan kekal yang boleh bernilai hingga S$40 juta.

Perkara itu diramalkan akan menarik para pembeli yang ingin tinggal di estet banglo mewah pada harga yang lebih berbaloi.

Anggaran nilai bagi projek pembangunan semula banglo yang dicadangkan adalah lebih $400 juta.

Tapak itu juga boleh diubah menjadi "kampung persaraan" jika dibenarkan pihak berkuasa.

Tender awam itu akan ditutup pada 9 Disember nanti.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita