Tapak perumahan privet pertama di bekas tapak Keppel Club Golf Course, Bukit Timah Turf City akan dijual pada separuh pertama 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah mengumumkan program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2025.
Ia termasuk 10 tapak di bawah Senarai Disahkan dan sembilan di bawah Senarai Simpanan.
Lebih banyak perumahan privet akan ditawarkan pada separuh pertama 2025, termasuk dua perumahan baharu di Bukit Timah Turf City dan bekas tapak padang golf Keppel Club.
Sebanyak 8,505 unit unit kediaman privet akan disediakan, meningkat daripada 8,140 unit pada separuh kedua 2024.
Ini dijangka dapat menampung keperluan perumahan penduduk dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Jumaat (6 Dis).
10 tapak di bawah senarai yang disahkan akan menghasilkan kira-kira 5,030 unit kediaman privet, termasuk 980 unit EC di tiga tapak, dan 43,000 meter persegi keluasan lantai kasar (GFA) untuk kegunaan komersial. Ia
secara amnya hampir sama dengan 5,050 unit pada separuh kedua 2024, dan hampir 60 peratus lebih tinggi daripada purata bekalan Senarai Disahkan dalam setiap program GLS dari 2021 hingga 2023.
Projek di bawah Senarai Simpanan pula menyumbang kepada tambahan 3,475 unit kediaman, 199,900 meter persegi GFA komersial dan 530 bilik hotel.
Bekalan perumahan privet terus meningkat, daripada 16,100 unit pada akhir 2021 kepada kira-kira 21,000 unit menjelang November 2024. Peningkatan melalui program GLS ini telah membantu menstabilkan pasaran kediaman dan menyederhanakan momentum harga hartanah, kata MND.
Separuh pertama tahun 2025 akan menyaksikan penjualan tapak perumahan privet pertama di bekas padang golf Keppel dan Bukit Timah Turf City.
Bekas tapak padang golf Keppel Club seluas 48ha, akan menghasilkan kira-kira 9,000 rumah baharu, termasuk sekitar 6,000 unit perumahan awam.
Terletak berhampiran pusat bandar, tapak itu akan menyumbang kepada transformasi Greater Southern Waterfront.
Tapak perumahan privet pertama di Telok Blangah Road, akan menghasilkan kira-kira 740 unit, dan dilancarkan untuk dijual pada separuh pertama 2025.
Bukit Timah Turf City, pula ditetapkan untuk pembangunan jangka panjang, dengan rancangan untuk menawarkan 15,000 hingga 20,000 rumah awam dan privet dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Kawasan itu akan dibangunkan sebagai estet yang mesra pejalan kaki dan kurang penggunaan kereta dengan menyepadukan bangunan warisan dan ruang hijau untuk mewujudkan persekitaran yang unik.
Tapak kediaman privet pertama di Dunearn Road, akan menghasilkan kira-kira 370 unit, sekali gus menyuntik pembangunan semula jangka panjang Bukit Timah Turf City dan kawasan sekitarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.