Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tapak pertama di Marina South dilancar di bawah program jualan tanah pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2022 06:15PM Dikemas Kini : 05 Dec 2022 09:42PM
SINGAPURA: Penjualan tapak tanah Pemerintah yang pertama di Marina South dilancarkan menerusi tender awam.

Bangunan kediaman di Marina Gardens Lane itu dijangka mempunyai sekitar 790 unit perumahan, selain menyediakan ruang komersil di tingkat bawah.

Bidang tanah seluas 45 hektar itu, atau kira-kira 110 padang bola sepak, terletak bersebelahan Taman di Pesisiran dan Bendungan Marina.

Kawasan itu menawarkan penggunaan bercampur-campur, termasuk perumahan, hotel, runcit dan pejabat.

Ia juga berhampiran dengan stesen MRT Marina South yang bakal dibuka kelak.

Kawasan tersebut dirancang untuk menjadi kawasan yang mampan dan kurang kereta.

Projek-projek pembangunan di kawasan itu perlu mendapat pensijilan Tanda Hijau Platinum bagi penggunaan tenaga sangat rendah.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan