Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tapak perkhemahan, pit barbeku dibuka semula mulai 18 Mac

Tapak perkhemahan dan pit barbeku akan dibuka semula sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 Singapura yang diperkemas.

Anggaran Waktu Membaca:
Tapak perkhemahan, pit barbeku dibuka semula mulai 18 Mac

Gambar fail orang ramai berkelah dengan khemah di taman yang diuruskan oleh Lembaga Taman Negara. (Gambar: NParks)

Diterbitkan : 11 Mar 2022 11:53PM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 11:53PM

SINGAPURA: Tapak perkhemahan dan pit barbeku akan dibuka semula sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 Singapura yang diperkemas.

Tapak perkhemahan dan pit barbeku yang dikendalikan Lembaga Taman Negara (NParks) akan dibuka semula dari 18 Mac, menurut badan berkanun itu dalam satu makluman media bersama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Tanah Singapura (SLA) serta Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Jumaat (11 Mac).

Pit barbeku di estet perumahan HDB dan kondominium privet juga akan dibuka semula pada hari yang sama, begitu juga yang diuruskan oleh SLA.

SLA akan membuka semula tapak perkhemahannya pada 29 Mac, menurut pihak berkuasa.

MENEMPAH TAPAK KHEMAH, PIT BARBEKU

Mereka yang mahu berkhemah atau menggunakan pit barbeku di taman yang diuruskan NParks boleh memohon bagi permit perkhemahan dan menempah pit melalui sistem AXS dari 15 Mac,pukul 10.00 pagi.

Khemah yang digunakan untuk perkhemahan mesti dipacakkan sekurang-kurangnya lima meter antara satu sama lain untuk jarak selamat, menurut pihak berkuasa.

"Jumlah peserta perkhemahan seharusnya dihadkan kepada lima orang bagi setiap permit perkhemahan, iaitu saiz kumpulan yang dibenarkan," tambahnya.

Saiz kumpulan bagi setiap pit barbeku juga adalah lima orang, menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa permit untuk pit itu sah dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam pada hari yang ditempah.

Pihak berkuasa juga menasihati mereka yang mengunjungi taman agar memeriksa kemas kini terkini berhubung jumlah pengunjung sebelum datang ke situ.

"Kami berharap semua pengunjung taman akan mengamalkan tanggungjawab sosial dan memastikan ruang hijau kami selamat untuk setiap orang," tambahnya.

Selain NParks, SLA juga menguruskan tapak perkhemahan yang terletak di Pulau Lazarus dan Pulau Hantu Besar.

Mereka yang ingin mengunjungi penginapan percutian Eagle Lodge di Pulau Sekijang Bendera boleh memohon bagi permit di lamannya mulai 15 Mac, pukul 10.00 pagi, untuk penginapan dari 29 Mac.

Pit barbeku di Pulau Kusu, Pulau Sekijang Bendera serta Pulau Hantu Besar adalah percuma untuk kegunaan awam berdasarkan urutan giliran.

Penduduk yang ingin menempah pit barbeku di estet perumahan atau kondominium privet mereka boleh menghampiri majlis bandaran serta pengurusan kondominium masing-masing untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Anggota masyarakat perlu mematuhi langkah pengurusan selamat seperti mendaftar masuk dengan menggunakan token atau aplikasi TraceTogether mereka.

Merek juga perlu mematuhi langkah-langkah seperti memakai pelitup pada setiap masa kecuali ketika melakukan senaman berat, makan, minum atau mengambil ubat. Ini selain mengekalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain ketika tidak memakai pelitup, menurut pihak berkuasa. Ia menambah pergaulan antara kumpulan-kumpulan berbeza tidak seharusnya dilakukan.

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa