Skip to main content

Singapura

Tapak masjid baharu di Tampines North sudah diperolehi: Dr Faishal

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jan 2026 06:45PM Dikemas Kini : 25 Jan 2026 07:43AM
SINGAPURA: Tapak bagi masjid baharu di Tampines North sudah berjaya diperolehi di Tampines North Drive 5.

Tapak itu terletak di antara jalan Tampines Ave 11 dan Tampines Street 61.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mendedahkannya menerusi satu catatan Facebook pada Rabu (14 Jan).
Related article image
Tapak bagi masjid baharu di Tampines North di Tampines North Drive 5 (Gambar: Facebook / Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
Pembinaan masjid itu dijangka bermula pada 2027 dan siap pada 2029.

Dalam catatan tersebut, Dr Faishal berkata: "Terletak di Tampines North Drive 5, tapak ini dipilih kerana kemudahan akses serta keupayaannya untuk memenuhi keperluan penduduk kami yang kian bertambah di Tampines North dan kawasan sekitarnya."

Dr Faishal juga berkongsi bahawa projek tersebut akan diterajui Lembaga Pentadbir Masjid Darul Ghufran, dengan kerjasama rapat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Related article image
<p>Tapak bagi masjid baharu di Tampines North di Tampines North Drive 5 (Gambar: Facebook/ Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)</p> <p></p>
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) atas sokongan padu yang diberikan sepanjang proses memperolehi tanah tapak masjid tersebut.

"Marilah kita berganding bahu dan bertekad untuk merealisasikan pembinaan masjid ini, agar ia dapat menjadi legasi yang dimanfaatkan generasi masa hadapan, InsyaAllah," kata Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita