Tapak 38 Oxley Road diwarta sebagai monumen SG ke-77
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tapak di 38 Oxley Road pada Jumaat (12 Dis) diwartakan sebagai monumen negara ke-77 Singapura, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Lembaga Warisan Negara (NHB). Perintah itu berkuat kuasa pada Sabtu.
Dalam kenyataan media bersama, pihak berkuasa menyatakan Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo mengeluarkan perintah pemeliharaan untuk mewartakan tapak tersebut di bawah Akta Pemeliharaan Monumen 2009.
Keputusan beliau mengambil kira surat bantahan bertulis yang dikemukakan oleh Encik Lee Hsien Yang kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan NHB pada 17 November.
“Dalam surat bantahannya, Encik Lee Hsien Yang membantah pemeliharaan tapak itu, dengan antara lain menyatakan bahawa Encik Lee Kuan Yew ‘jelas dan tidak berbelah bahagi’ sepanjang hayatnya bahawa beliau mahu rumahnya di 38 Oxley Road dirobohkan,” kata MCCY dan NHB.
“Selaras dengan proses yang ditetapkan di bawah Akta Pemeliharaan Monumen, NHB telah meneliti surat bantahan itu dan mengekalkan cadangannya bahawa tapak tersebut wajar dipelihara sebagai Monumen Negara kerana kepentingannya dari segi sejarah dan kepada negara.”
Dalam membuat keputusan untuk meneruskan pemeliharaan tapak tersebut, MCCY dan NHB menyatakan bahawa surat bantahan Encik Lee Hsien Yang tidak mempertikaikan kepentingan tapak itu dari segi sejarah dan kepentingannya kepada negara, mahupun proses penilaian bagi mengenal pasti bangunan yang boleh dijadikan monumen negara.
“Encik Lee Hsien Yang juga tidak membantah penilaian Lembaga Penasihat Pemeliharaan Tapak dan Monumen mengenai kesesuaian tapak itu untuk dipelihara.
“Telah didokumenkan dengan jelas dalam Laporan 2018 oleh Jawatankuasa Menteri mengenai 38 Oxley Road bahawa walaupun pilihan peribadi Encik Lee adalah untuk bangunan itu dirobohkan, beliau bersedia menerima pilihan selain daripada perobohan, asalkan aturan yang sesuai dibuat untuk mengubah suai bangunan dan menjadikannya dalam keadaan yang boleh didiami; serta melindungi privasi keluarganya.”
MCCY dan NHB berkata pemeliharaan tapak tidak bermaksud bangunan dan struktur di tapak itu mesti dikekalkan dalam keadaan asal.
“Seperti yang dijelaskan oleh pemangku menteri di Parlimen, kaedah yang wajar digunakan bagi bangunan dan struktur akan dikaji kemudian, setelah pemerintah mendapat akses ke tapak tersebut.
“Walau bagaimanapun, demi menghormati hasrat Encik Lee, pemerintah komited untuk mengeluarkan ruang kediaman peribadi dari bahagian dalam bangunan bagi melindungi privasi Encik Lee dan keluarganya dalam semua pilihan.”
Pemangku Menteri itu bersetuju dengan penilaian Lembaga Penasihat Pemeliharaan Tapak dan Monumen bahawa tapak tersebut mempunyai kepentingan negara yang kukuh serta wajar dipelihara sebagai monumen negara, kerana ia menjadi saksi kepada peristiwa penting pada tahun 1950-an yang menandakan peralihan Singapura daripada negara yang dijajah kepada sebuah negara yang merdeka.
“Ia juga menjadi tempat bagi perbualan, kegiatan dan keputusan oleh para pemimpin pengasas negara dan tokoh penting lain, yang membentuk hala tuju pergerakan kemerdekaan Singapura dan sejarah negara kita selepas itu.
“Tapak tersebut menyaksikan perbincangan di mana individu-individu penting ini merumuskan visi dan pelan mereka untuk Singapura, sehingga membawa kepada pembentukan pemerintah pertama Singapura yang merdeka sepenuhnya selepas pilihan raya Dewan Perundangan 1959. Ini menjadikan tapak itu bahagian yang unik dan asas dalam kisah kemerdekaan Singapura.”
Dengan latar belakang ini, MCCY dan NHB menyatakan keputusan untuk memelihara tapak tersebut dibuat demi kepentingan awam dan melangkaui pilihan peribadi mana-mana individu.
MCCY dan NHB menambah bahawa pemeliharaan tapak akan membolehkan generasi sekarang dan masa depan rakyat Singapura merenung peristiwa penting dalam sejarah negara yang berlaku di sana, serta nilai dan prinsip yang membentuk Singapura.
Dengan pengeluaran Perintah Pemeliharaan itu, MCCY dan NHB menyatakan pemerintah bercadang untuk memperoleh tapak tersebut bagi melindungi dan memeliharanya selaras dengan kepentingannya dari segi sejarah dan kepada negara.
“Memelihara dan memperoleh tapak itu bermakna ia tidak boleh dibangunkan semula untuk kegunaan kediaman, komersial atau kegunaan peribadi lain.
"Selepas diambil alih, pihak berkuasa berkaitan akan menilai keadaan bangunan dan struktur di tapak itu, serta menjalankan kajian terperinci untuk menimbangkan langkah seterusnya.
“Walaupun pemerintah bercadang untuk menukar tapak itu menjadi ruang awam, dengan salah satu kemungkinan menjadikannya sebuah taman warisan, semua pilihan - termasuk yang digariskan oleh Jawatankuasa Menteri 2018 - akan dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat.
“Tidak kira pilihan yang diambil, pemerintah komited untuk menghormati hasrat Encik Lee untuk melindungi privasi keluarganya dengan menghapuskan semua kesan ruang kediaman peribadi dari bahagian dalam rumah.
“Dalam apa jua keadaan sekalipun, bahagian dalam rumah seperti yang diketahui oleh Encik Lee Kuan Yew tidak akan dipamerkan, dirakam, dibina semula atau ditiru semula di mana-mana tempat lain.”

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.