Tapak 38 Oxley Road akan diperolehi selepas diwartakan sebagai monumen negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tapak di 38 Oxley Road diwartakan bagi pemerolehan pada Khamis (29 Jan), menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu kenyataan media.
Ini menyusuli pewartaan tapak itu sebagai monumen negara pada 12 Disember 2025.
Tapak itu adalah rumah kepada Perdana Menteri pengasas Singapuara Lee Kuan Yew.
Ia juga tempat di mana berlaku beberapa peristiwa yang membentuk gerakan kemerdekaan Singapura dan sejarah negara.
"Tapak itu diwartakan bagi pemerolehan hari ini untuk melindungi dan memeliharanya selaras dengan kepentingan sejarah dan kepentingan negara," menurut SLA dan NHB.
Pampasan bagi tapak itu akan mengambil kira nilai pasaran pada tarikh pewartaan pemerolehan itu dan sebarang tuntutan oleh pihak yang terlibat.
Pemeliharaan dan pemerolehan tapak 38 Oxley Road bermakna ia tidak boleh dibangunkan semula bagi tujuan perumahan, komersial atau privet.
Selepas ia diperoleh, pihak berkuasa relevan akan menilai keadaan bangunan dan struktur di tapak itu dan menjalankan kajian terperinci untuk mempertimbangkan langkah-langkah seterusnya, menurut para agensi.
"Semua pilihan, termasuk yang digariskan oleh Jawatankuasa Kementerian 2018, akan dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat," katanya.
SLA dan NHB menyatakan pemerintah komited untuk menghormati permintaan mendiang Encik Lee untuk melindungi privasi keluarganya tidak kira apa pilihan yang dibuat.
Ini termasuk menghapuskan semua kesan ruang kediaman peribadi daripada bahagian dalam rumah tersebut.
"Dalam keadaan apa pun, bahagian dalam rumah seperti yang diketahui Encik Lee, tidak boleh dipamerkan, dirakam, diubah suai, atau ditiru di tempat lain," menurut SLA dan NHB.
Encik Lee Kuan Yew sudah beberapa kali secara terbuka meluahkan hasratnya agar rumah itu dirobohkan selepas pemergiannya.
Dalam surat bertarikh Oktober 2010 kepada Kabinet, beliau berkata rumah itu "tidak harus disimpan sebagai jenis peninggalan untuk dilalui orang" dan "ia tiada merit sebagai seni bina".
Beliau mengulangi pendiriannya dalam surat pada Julai 2011 kepada Kabinet, namun berdepan tentangan daripada para menteri.
Pada Disember 2011, Encik Lee menulis bahawa beliau sudah memikirkan tentang perkara itu selepas Kabinet sebulat suara menolak perobohannya, dan memutuskan jika hartanah itu dipelihara, asasnya sepatutnya diperkukuh dan diperbaharui dan dibiarkan untuk didiami oleh orang lain, kerana sebuah bangunan yang bangunan yang dibiarkan kosong akan "cepat rosak dan reput".
Namun dalam wasiat terakhir yang dilaksanakan pada 2013, Encik Lee berkata beliau mahu rumah itu dirobohkan atau jika ia tidak dapat dilaksanakan, ia ditutup kepada semua orang kecuali keluarga dan keturunannya.
Nasib rumah itu kemudian menjadi sumber pertikaian antara anak-anaknya menyusuli kematian Encik Lee, dan ia mendorong Perdana Menteri pada ketika itu, Lee Hsien Loong untuk membuat kenyataan kementerian pada 2017.
Sebuah jawatankuasa kementerian berhubung 38 Oxley Road juga ditubuhkan yang dipengerusikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.