Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tanya Aje! program baharu bicarawara hasil gabungan rancangan ehwal semasa DETIK & WARNA 942

Anggaran Waktu Membaca:
Tanya Aje! program baharu bicarawara hasil gabungan rancangan ehwal semasa DETIK & WARNA 942

Program bicarawara Tanya Aje! akan dihoskan Penerbit-Penyampai Kanan BERITA & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp Nursha Ismail (kanan) dan Penerbit-Penyampai Eksekutif WARNA 942FM Aura Shai. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Jul 2024 07:41PM Dikemas Kini : 21 Jul 2024 08:49PM
SINGAPURA: Rancangan ehwal semasa DETIK dan radio WARNA Mediacorp bergabung tenaga menerbitkan sebuah program baharu bicarawara atau talkshow.

Dinamakan 'Tanya Aje', ia merupakan program multicast yang boleh diikuti melalui pelbagai saluran media - Radio, TV dan Digital.

Tanya Aje! Malu Bertanya Sesat Jalan.

Program bicarawara atau talkshow itu membincangkan topik-topik isu semasa yang dekat dengan hati masyarakat bersama dengan pakar dan tamu undangan.

Mengulas mengenai program terbaharu tersebut, Ketua Editor Berita dan Ehwal Semasa Melayu Mediacorp Encik Sujadi Siswo berkata: "Ini sebuah prakarsa untuk menggalak para penonton dan pendengar menjadi lebih aktif lagi ketika mengikuti program-program di Mediacorp.

"Jadi, bukan setakat mendengar dan menonton, tapi mengajukan soalan kepada topik-topik atau isu-isu yang kami ketengahkan setiap bulan. Ini menjadi sebuah wadah untuk kami bersama-sama mempelajari, mempertingkatkan ilmu," jelasnya kepada BERITA Mediacorp.

Dihoskan Penerbit-Penyampai Kanan BERITA & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp Nursha Ismail dan Penerbit-Penyampai Eksekutif WARNA 942FM Aura Shai, Tanya Aje! mengajak penglibatan penonton dan pendengar secara langsung melalui Facebook Live WARNA 942FM dengan bertanyakan soalan-soalan yang terkait dengan topik.

Soalan-soalan juga boleh diajukan menerusi WhatsApp WARNA 942 dan emel BERITA Mediacorp.

Semua soalan akan dikumpulkan dan diketengahkan ketika siaran langsung di Warna.

"Buat permulaan, kami akan pilih topik atau isu yang ada kaitan langsung dengan kehidupan kita sehari-harian. Kita akan jumpa pakar atau orang-orang yang mempunyai pengalaman dalam isu tersebut. Pada masa akan datang, kami juga akan menyarankan anda di rumah untuk memberikan saranan, apakah topik atau isu yang anda sendiri inginkan. Jadi, dalam hal ini kita akan mengupas dan juga membentuk isu-isu yang kita hadapi dalam masyarakat bersama-sama," kata Encik Sujadi.

Topik episod pertama, 'Angin Ahmar. Jangan Khabar Angin.'

Tamu undangan, personaliti terkenal dan bekas pesakit angin ahmar, Suhaimi Yusof.
Episod sulung itu akan ke udara secara langsung di WARNA 942FM pada Isnin selama sejam bermula 12.00 tengah hari.

Sedutan rancangan tersebut akan disunting untuk rancangan Detik di Suria.

Bukan itu sahaja, keseluruhan program Tanya Aje! akan dijadikan Podcast untuk diikuti di Melisten dan YouTube Berita Mediacorp.

Tanya Aje! ke udara setiap bulan.
Sumber : BERITA Mediacorp/NU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan