Tanduk badak sumbu bernilai S$1.2 juta dirampas di Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Lembaga Taman Negara (NParks)
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) pada Selasa (4 Okt) merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup masuk melalui Lapangan Terbang Changi Singapura.
"Pegawai keselamatan lapangan terbang dan unit K9 NParks mengesan dan memeriksa dua bagasi dan menemui 34 kilogram (kg) tanduk badak sumbu yang dianggarkan bernilai sekitar S$1,200,000," menurut NParks dalam satu kenyataan media pada Rabu (5 Okt).
Ini merupakan rampasan terbesar tanduk badak sumbu di Singapura setakat ini, tambah NParks.
"Pemilik bagasi tersebut yang melakukan perjalanan daripada Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura diberkas dengan segera dan tanduk badak sumbu itu dirampas oleh NParks."
Badak sumbu dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Flora dan Fauna Terancam (CITES) yang ditandatangani oleh Singapura.
Di bawah CITES, perdagangan antarabangsa bagi tanduk badak sumbu dilarang.
Singapura juga komited dalam usaha antarabangsa untuk mengekang perdagangan haram hidupan liar bagi memastikan haiwan-haiwan dapat hidup dalam jangka yang panjang, menurut NParks.

"Tanduk-tanduk itu akan dimusnahkan untuk melarangnya daripada memasuk semula ke pasaran dan menghentikan rantaian bekalan global tanduk badak sumbu yang dioerdagangkan secara haram."
Di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport) Singapura, mereka yang didapati memiliki species CITES yang dijadualkan untuk transit di Singapura tanpa permit CITES yang sah boleh berdepan dengan denda sehingga S$50,000 bagi setiap spesies tidak melebihi agregat S$500,000, sehingga dua tahun penjara, atau kedua-duanya.
"Singapura mengamalkan pendirian sifar toleransi terhadap perdagangan haram spesies hidupan liar yang terancam dan yang seumpama dengannya," menurut NParks.
"Agensi kami bekerjasama dengan rapat dalam pendekatan pelbagai cabang termasuk bekerja dengan rakan-rakan antarabangsa untuk mengekalkan kewaspadaan dalam mengawal selia dan menguatkuasakan terhadap perdagangan hidupan liar haram."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.