Skip to main content

Singapura

Tandas kedai kopi akan diaudit, pekerja pembersihan diberi lebih banyak latihan

Anggaran Waktu Membaca:
Tandas kedai kopi akan diaudit, pekerja pembersihan diberi lebih banyak latihan

Tanda contoh kedai kopi di Bukit Panjang. (Gambar hiasan: TODAYonline)

SINGAPURA: Satu kempen baharu sudah dimulakan untuk meningkatkan piawai kebersihan.

Dilancarkan oleh Persatuan Bilik Air Singapura (RAS), tandas di kedai-kedai kopi akan diaudit, dan para pekerja pembersihan juga akan menerima lebih banyak latihan.

Inisiatif itu diadakan menyusuli satu kajian yang menunjukkan tandas kedai kopi tetap kotor seperti tiga tahun lalu.
Persatuan itu juga ingin mengiktiraf tandas-tandas yang boleh dicontohi.

Pasar dan Pusat Makanan Holland Village dianugerahi taraf 5 bintang, mengalahkan 67 pesaing untuk merangkul gelaran sebagai tandas terbaik dalam kategorinya.

Lebih 60 anugerah yang lain diberikan kepada syarikat dan individu yang menggalakkan kebersihan tandas.

Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan dan Sekitaran Baey Yam Keng menambah bahawa pemilik dan pengusaha premis perlu memainkan peranan dengan meningkatkan keupayaan pembersihan.
Sumber : CNA/LL/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita