Tanda khas baru di laluan pejalan kaki bantu penunggang e-skuter bezakan lorong jalan: LTA
Tanda-tanda isyarat tambahan akan dilukis di laluan pejalan kaki untuk membantu penunggang e-skuter membezakan lantara lorong-lorong jalan.

(Gambar: LTA)
SINGAPURA: Tanda-tanda khas tambahan akan dilukis di laluan pejalan kaki untuk membantu penunggang e-skuter membezakan antara lorong-lorong jalan.
Tanda-tanda khas itu kini sudah terdapat di laluan pejalan kaki di Jurong dan Sembawang dan akan diperluaskan secara bertahap-tahap ke bandar berbasikal yang lain, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu catatan Facebook pada Selasa (17 Dis).
Langkah tersebut dilaksanakan dua minggu sebelum larangan e-skuter di laluan pejalan kaki dikuatkuasakan.
E-skuter dilarang di laluan pejalan kaki di Singapura sejak 5 Nov. Para pesalah menghadapi denda sehingga S$2,000 dan hukuman penjara sehingga tiga bulan sebaik sahaja larangan itu dikuat kuasakan sepenuhnya mulai 2020.
Mereka dibenarkan menunggang di laluan berbasikal dan rangkaian penghubung taman.
Larangan di laluan pejalan kaki dikuat kuasa menyusuli jumlah kemalangan melibatkan e-skuter yang kian meningkat, termasuk kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang basikal pada September.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.