Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tanah suci berubah wajah berbanding sedekad lalu; rentetan perluasan Masjidil Haram, kemudahan baru buat jemaah

Dari 2009 hingga 2019, iaitu musim haji terakhir sebelum COVID melanda, jumlah jemaah bertambah 25 peratus kepada 2.5 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah suci berubah wajah berbanding sedekad lalu; rentetan perluasan Masjidil Haram, kemudahan baru buat jemaah

(Gambar: Saudi Ministry of Hajj and Umrah/AFP)

SINGAPURA: Jumlah jemaah haji semakin tahun, semakin meningkat.

Dari 2009 hingga 2019, iaitu musim haji terakhir sebelum COVID melanda, jumlah jemaah bertambah 25 peratus kepada 2.5 juta.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, projek besar-besaran dilancarkan oleh Raja Abdullah Abdul Aziz untuk menambah kapasiti Masjidil Haram dari 770,000 jemaah kepada 2.5 juta jemaah.

Kawasan mataf diperluas untuk menampung sekitar 130,000 jemaah sejam, berbanding 50,000 sebelum itu.

Sebagai sebahagian projek peluasan Raja Abdullah, pada 2015, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pula melancarkan lima projek lanjut bernilai AS$26.6 bilion (S$37.2 bilion).

Ia kini berada dalam fasa ketiga yang meluaskan ruang Masjidil Haram sebanyak dua pertiga kepada 1.5 kilometer persegi. Ini termasuk 80 dewan solat baru yang dibuka Ramadan lalu.

Kompleks Jamrah setinggi enam tingkat sedia ada sudah digunakan sejak 2010, namun dinaik taraf lagi susuli peristiwa yang menyaksikan sekurang-kurangnya 2,000 jemaah terkorban ketika melontar jamrah pada 2015.

Ia termasuk menambah pegawai keselamatan dan perubatan, menggunakan dron serta mengerahkan helikopter dalam kecemasan.

Kini, jambatan jamrah boleh menampung lebih 300,000 jemaah setiap jam.

Semua tingkat berhawa dingin, dan tertutup oleh kanopi untuk melindungi jemaah dari terik matahari.

Juga untuk memudahkan perjalanan para jemaah adalah pelancaran Laluan Kereta Api Al Mashaaer Al Mugaddassah.

Laluan sepanjang 450 kilometer itu boleh mengangkut 70,000 jemaah sejam antara Mina, Arafah dengan Muzdalifah.

Menariknya, ia dikendalikan sepanjang tujuh hari setiap tahun, iaitu ketika musim haji saja. Ia juga sangat membantu dalam memelihara alam sekitar.

Laluan metro haji itu dianggarkan menggantikan perjalanan 50,000 bas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan