Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tanah runtuh Genting Highlands: Pemimpin SG ucap takziah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menyampaikan ucap takziah kepada kerajaan Malaysia berhubung tragedi tanah runtuh di Genting Highlands pada Jumaat (16 Dis).

Dalam surat beliau kepada rakan sejawatannya, Encik Anwar Ibrahim, PM Lee berkata beliau berdukacita dengan kejadian itu yang mengakibatkan kehilangan nyawa selain ramai cedera. 

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada semua yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu dan kami berharap mereka yang cedera akan segera pulih," kata PM Lee dalam surat tersebut.

Dalam kejadian itu, 21 orang disahkan maut setakat 7.10 malam.

Encik Lee juga merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberikan kepada tiga rakyat Singapura yang terjejas dalam kejadian tersebut.

“Pasukan Pertahanan Awam Singapura bersedia untuk membantu usaha mencari dan menyelamat jika perlu,” kata beliau. 

Menteri Luar Dr Balakrishnan turut mengutus perutusan takziah kepada rakan sejawatannya Encik Zambry Abdul Kadir. 

“Saya sedih mengetahui kejadian tanah runtuh Genting Highlands yang mengakibatkan beberapa kematian dan banyak yang cedera.

"Saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka dan terima kasih kepada Malaysia kerana membantu rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh," kata beliau.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), ia  memantau rapat keadaan itu.

“Tiga warga Singapura adalah antara yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur sedang berhubung dengan tiga warga Singapura itu,” kata jurucakap kementerian.

Kementerian juga telah menghubungi mereka yang berdaftar dengan MFA.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru atau Pejabat Bertugas MFA di:

Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur: Tel: +60-3-2161-6277 semasa waktu pejabat, atau talian hotline 24 jam +60-16-661-0400 untuk kecemasan selepas waktu pejabat.

Konsulat Jeneral Republik Singapura di Johor Bahru: Tel: +60-7-226-5012 semasa waktu pejabat, atau talian hotline 24 jam +60-19-791-1166 untuk kecemasan selepas waktu pejabat.

Pejabat Petugas MFA (24 jam):

Tel: +65 6379 8800 / +65 6379 8855

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan