Skip to main content

Singapura

Tanah runtuh Genting Highlands: Khidmat bas ulang-alik dari SG tidak terjejas

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh Genting Highlands: Khidmat bas ulang-alik dari SG tidak terjejas

Gambar fail bas ulang-alik bertolak dari Golden Mile Complex.

Diterbitkan : 16 Dec 2022 06:48PM Dikemas Kini : 16 Dec 2022 08:25PM
SINGAPURA: Para pengendali pelancongan tempatan menyatakan perjalanan dari Singapura ke Genting Highland tidak terjejas dengan kejadian tanah runtuh Batang Kali berhampiran pusat peranginan terkenal itu.

Menurut penjelasan mereka, bas-bas pelancong lazimnya melalui Lebuhraya Karak
menerusi Genting Sempah sebelum menuju ke Genting Highlands.

Perjalanan itu terletak jauh dari laluan Jalan Batang Kali yang sudahpun ditutup oleh pihak berkuasa Malaysia ekoran tanah runtuh dinihari Jumaat (16 Dis).
Lebih 10 syarikat bas Singapura mengendalikan perjalanan ulang-alik antara Singapura dengan Genting Highland setiap hari.

Para pengendali bas memberitahu Mediacorp bahawa laluan Batang Kali yang terjejas selalunya dilalui mereka yang melakukan perjalanan dari satu bandar Malaysia ke bandar yang lain.

Bagi pengendali kereta sewa privet dan teksi pula, perkhidmatan mereka juga beroperasi seperti biasa.

Misalnya, pengendali Private MPV Taxi Transport yang mempunyai 30 kereta sewa privet yang ditetapkan menuju ke Genting hari ini mengatakan dua daripadanya telah selamat sampai pada pagi tadi.
Sumber : CNA/IA/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita