Tanah runtuh Clementi: Kerja baik pulih dijadual selesai separuh kedua 2023
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/HDB
SINGAPURA: Kerja baik pulih di tapak Clementi yang dilanda kejadian tanah runtuh di dijangka selesai pada separuh kedua 2023.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan pada Sabtu (3 Dis) bahawa fasa terakhir bagi kerja baik pulih yang dijalankan dalam tiga peringkat sudah bermula.
Ia melibatkan kerja membina semula terusan, bahagian tebing tanah di laluan penghubung Taman Ulu Pandan yang rosak, serta membina semula struktur cerun dalam pembangunan tersebut.
"Kami telah menjalankan operasi pembersihan tanah sejak pertengahan November, dan melebarkan saluran kembali sepenuhnya setakat akhir November 2022," menurut HDB dalam satu catatan di Facebook.
"Kami akan teruskan kerja-kerja membersihkan tanah dari dasar terusan dan tebing untuk membaik pulih Sungei Ulu Pandan pada kedalaman dan kapasiti asalnya, sebelum memulakan kerja untuk membuka semula laluan penghubung taman," tambahnya.
"Kerja-kerja pembinaan semula dalam pembangunan itu dijangka bermula dalam dua bulan akan datang dan siap pada separuh kedua 2023."
Kejadian tanah runtuh pada 2 September berlaku di tapak binaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc, mencederakan seorang pejalan kaki dan menyebabkan tanah mengalir ke dalam Sungei Ulu Pandan. Sebahagian daripada laluan penghubung taman Ulu Pandan juga
Fasa 1 kerja baik pulih melibatkan langkah-langkah untuk mengurangkan keadaan cerun dan risiko banjir. Ini sudah siap pada bulan September lalu.
Dalam fasa kedua, kerja-kerja memasang kepingan keluli dijalankan untuk menstabilkan cerun, yang siap November lalu.
HDB menyatakan ia akan terus bekerjasama dengan Lembaga Taman Negara (NParks) berhubung rancangan untuk membuka semula laluan penghubung Taman Ulu Pandan dengan selamat, sambil menambah bahawa bahagian tebing North Bank dijangka dibuka pada suku pertama 2023.
Bahagian laluan penghubung Taman Ulu Pandan (South Bank) berhampiran tapak tanah runtuh akan terus ditutup untuk fasa terakhir kerja-kerja baik pulih dan pembinaan semula.
"Kami faham bahawa penduduk dan pengguna taman mungkin mengalami kesulitan dengan kerja-kerja itu, dan meminta pemahaman dan kesabaran semua orang sementara kami terus melakukan yang terbaik untuk menyiapkan kerja-kerja baik pulih dan pembinaan semula dengan selamat," tambah HDB.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.