Tanah jerlus Tanjong Katong: PUB arah henti kerja untuk periksa kerja pembetung serupa di serata negara
Anggaran Waktu Membaca:
Tanah jerlus yang terbentuk di Tanjong Katong Road South pada 26 Jul 2025. (Foto: CNA/Lan Yu)
SINGAPURA: Tapak di mana tanah jerlus muncul di Tanjong Katong pada Sabtu (26 Jul) berlaku bersebelahan dengan tapak kerja PUB yang aktif, sedalam 16m yang menghubungkan tiga saluran pembetung sedia ada, menurut agensi air negara itu pada Ahad (27 Jul).
PUB menambah bahawa pihaknya telah menstabilkan tanah di sekelilingnya, dan sebagai langkah berjaga-jaga, PUB akan mengarahkan tempoh berhenti kerja untuk memeriksa dan memastikan keselamatan kerja-kerja pembinaan pembetung serupa yang sedang dijalankan di seluruh Singapura.
Semasa memberikan maklumat terkini mengenai kejadian tanah jerlus tersebut pada lewat Ahad (27 Jul), PUB menyatakan bahawa tanah jerlus itu telah dipenuhi dengan tanah cair yang distabilkan untuk mengukuhkan lagi kawasan itu, selepas itu barulah kerja-kerja pemulihan jalan akan dimulakan.

PUB juga memberikan urutan peristiwa yang berlaku pada Sabtu lalu (26 Jul). Menurut PUB, pada kira-kira pukul 5.50 petang, gelung 'caisson' yang sedang dalam pembinaan di tapak kerja PUB "diperhatikan telah gagal".
'Caisson', daripada perkataan Perancis untuk "kotak", ialah struktur penahan kedap air yang membolehkan air dipam keluar bagi memastikan kawasan kerja kering.
"Masih tidak jelas apa yang menyumbang kepada kegagalan ini," menurut PUB.

Pada masa yang sama, tanah jerlus terbentuk di Tanjong Katong Road South bersebelahan, menyebabkan sebuah kenderaan terjatuh ke dalamnya.
Pemandu wanita itu diselamatkan oleh para pekerja dan dibawa ke Hospital Raffles.
Tanjong Katong Road South antara Mountbatten Road dan East Coast Parkway (ECP) akan ditutup sehingga diberitahu kelak untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (27 Jul).
Perkhidmatan bas nombor 36 dan 48 telah dilencongkan.
Kedalaman tanah jerlus itu antara 2m hingga 3m dan selebar dua lorong jalan. PUB mula mengepam air keluar dari pukul 9.45 pagi, dan selesai menjalankan kerja tersebut pada pukul 1.20 tengah hari.
Kenderaan yang terjatuh ke dalam tanah jerlus itu ditarik keluar pada pukul 2.00 petang.

PUB sedang bekerjasama dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyelia kerja-kerja pembaikan dan menyiasat apa yang menyumbang kepada kejadian itu.
PUB menambah bahawa ia masih menganalisis hasil imbasan radar yang dijalankan untuk menilai kawasan-kawasan sekitar.
"Jurutera dari BCA telah memeriksa dan mengesahkan bahawa struktur berdekatan, termasuk kondominium One Amber dan rumah-rumah yang didiami di seberang jalan, tidak terjejas akibat kejadian itu," menurut PUB.
Para pemandu dan penumpang dinasihatkan supaya merancang laluan mereka lebih awal dan menjangkakan kemungkinan berlaku kelengahan semasa waktu sibuk pada hari-hari biasa.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.