Tanah jerlus Farrer Road 2022: Kontraktor terowong pembetung, 3 lelaki didakwa kerana cuai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah syarikat binaan dan tiga lelaki didakwa pada Jumaat (21 Nov) atas tuduhan cuai yang dipercayai berlaku dalam projek pembetungan terowong dalam yang menyebabkan lekukan pada tanah dan tanah jerlus (sinkhole) di kawasan Farrer Road pada November 2022.
Satu lekukan muncul di jalan susur di Farrer Road pada 8 November 2022, diikuti oleh tanah jerlus berukuran 8 meter x 4 meter x 3.5 meter pada 15 November 2022.
Agensi air negara, PUB, terpaksa menjalankan kerja-kerja pembaikan segera di jalan susur dari Holland Road ke Farrer Road.
Tanah jerlus itu turut menyebabkan penutupan jalan susur dan dua lorong di sebahagian laluan jalan bawah Farrer (Farrer Underpass).
Pada Jumaat (21 Nov), Nishimatsu Construction, yang ketika itu dilantik oleh PUB untuk menjalankan kerja-kerja binaan bagi Fasa 2 Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) - Kontrak T-10, didakwa atas lima tuduhan di bawah Akta Kawalan Bangunan.
Tiga orang berkelayakan yang dilantik syarikat itu untuk pelbagai aspek kerja juga didakwa: Kam Mun Wai, 58 tahun; Ko Luan Bock, 67 tahun; dan Kho Chza Main, 55 tahun.
Ketiga-tiga lelaki warga Singapura itu masing-masingdilantik untuk menyediakan pelan kerja-kerja binaan geoteknikal, menyelia kerja-kerja struktur terowong pembetungan dan menyelia beberapa aspek kerja geoteknikal.
Kam didakwa gagal menilai hasil dapatan pemantauan dan keadaan tapak semasa projek dijalankan, serta gagal menyesuaikan reka bentuk mengikut keadaan sebenar tanah.
Ini menyebabkan lekukan pada jalan raya dan tanah jerlus, berdasarkan tuduhannya.
Ko didakwa gagal mematuhi syarat permit bagi menjalankan kerja-kerja struktur dengan meluluskan kerja-kerja tertentu walaupun keadaan tanah dan faktor lain tidak sesuai.
Kho - yang berdepan tiga tuduhan - didakwa gagal menilai keadaan tanah di tapak dan pembinaan terowong, serta gagal menyemak prestasi dan keputusan instrumentasi dan pemantauan kerja terowong untuk memastikan aspek geoteknikal berada dalam reka bentuk pada setiap peringkat kritikal.
Dia juga didakwa gagal memantau dan menyemak secara berterusan parameter operasi terowong utama bagi memastikan bahagian hadapan terowong selamat dan stabil setiap masa, sehingga menyebabkan penurunan tanah yang berlebihan dan lekukan pada jalan raya.
Nishimatsu dituduh gagal mematuhi syarat permit bagi menjalankan kerja struktur. I
ni termasuk melakukan kerja-kerja pembilasan (flushing) semasa kerja-kerja terowong dikategorikan berisiko tinggi kerana lokasinya berada di batuan campuran atau tanah dengan kandungan batuan sehingga 80 peratus.
Syarikat itu juga dipercayai menyimpang daripada pelan kerja-kerja binaan yang diluluskan.
Jika sabit kesalahan, syarikat itu berdepan denda maksimum antara S$20,000 dan S$200,000 bagi setiap tuduhan.
Ketiga-tiga lelaki itu berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan, denda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.
Kes itu ditangguhkan ke Januari bagi sebutan lanjut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.