Skip to main content

Singapura

Tan Wu Meng kagum dengan 'ketekunan, disiplin' rakyat Korea Utara

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar Dr Tan Wu Meng berkata beliau kagum dengan "ketekunan dan disiplin" rakyat Korea Utara menyusuli lawatan beliau selama tiga hari ke sana sempena ulang tahun negara itu yang ke-70.

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Wu Meng kagum dengan 'ketekunan, disiplin' rakyat Korea Utara

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar, Dr Tan Wu Meng (kanan), dan Naib Menteri Luar Korea Utara, Encik Choe Hui Chol (kiri). (Gambar: Tan Wu Meng/Facebook)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 12:44PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 01:07PM

SINGAPURA: Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar Dr Tan Wu Meng berkata beliau kagum dengan "ketekunan dan disiplin" rakyat Korea Utara menyusuli lawatan beliau selama tiga hari ke sana sempena ulang tahun negara itu yang ke-70.

Menulis di laman Facebooknya pada Selasa (11 Sep), Dr Tan berkata ini jelas dilihat sewaktu perbarisan ulang tahun dan satu lagi acara yang dihadirinya antara 8 hingga 10 September sebagai wakil bagi pihak Pemerintah Singapura.

"Ketekunan dan disiplin rakyat DPRK meninggalkan kesan yang mendalam dan sikap itu jelas dilihat berdasarkan penyusunan dan koreografi Perbarisan rasmi serta Persembahan Artistik dan Gimnastik Besar-Besaran yang melibatkan berpuluh-puluh ribu individu."

Korea Utara mempunyai potensi untuk "mencapai lebih banyak dalam sekitaran yang aman," tambah Dr Tan.

"Kami berharap semua pihak akan terus berusaha untuk mencapai kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea."

Semasa lawatan itu, Dr Tan juga mengadakan pertemuan dengan Naib Menteri Luar Korea Utara Choe Hui Chol. Menurut Dr Tan, kedua-dua pemimpin mengadakan "perbincangan muhibah" mengenai hubungan dua hala dan perkembangan serantau antara Singapura dengan Korea Utara. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita