Skip to main content

Singapura

Tan Meng Dui pegawai pilihan raya baru mulai 1 Feb 2018

Encik Tan Meng Dui, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) bagi Kementerian Pembangunan Negara, akan dilantik sebagai Pegawai Pilihan Raya yang baru bagi pilihan raya umum dan presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Meng Dui pegawai pilihan raya baru mulai 1 Feb 2018

Encik Tan Meng Dui yang akan menyandang sebagai Pegawai Pilihan Raya baru mula 1 Februari 2018. (Gambar: Jurong Port)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 03:31PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 03:34PM

SINGAPURA: Encik Tan Meng Dui, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) bagi Kementerian Pembangunan Negara, akan dilantik sebagai Pegawai Pilihan Raya yang baru bagi pilihan raya umum dan presiden.

Pelantikan tersebut akan berkuat kuasa 1 Februari tahun depan, menurut kenyataan media oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini (11 Dis).

Encik Ng Wai Choong, yang menyandang jawatan itu sekarang, akan melepaskan jawatan tersebut setelah beliau dinamakan sebagai Pesuruhjaya Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura.

Beliau akan menggantikan Pesuruhjaya dan juga CEO Tan Tee How, 58 tahun, yang akan bersara pada 1 Februari tahun depan selepas berkhidmat selama 34 tahun.

Encik Ng juga akan melepaskan jawatannya sebagai ketua eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga pada 1 Februari. Beliau akan digantikan oleh Encik Ngiam Shih Chun, yang buat masa ini menyandang jawatan Timbalan Setiausaha (Perusahaan) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita