Tan Kin Lian turun ke Geylang Serai, dekati pengundi Melayu
Calon Presiden Tan Kin Lian menekankan bahawa beliau bukanlah 'pembangkang' tapi seseorang yang boleh menyelesaikan masalah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Calon Presiden Tan Kin Lian menekankan bahawa beliau bukanlah 'pembangkang' tapi seseorang yang boleh menyelesaikan masalah.
Beliau berkata demikian sebagai menolak tanggapan yang beliau bersikap sebagai seorang pembangkang.
"Pembangkang tidak membantu. Saya seorang penyelesai masalah. Saya lihat masalah, saya menganalisa dan saya faham daripada maklum balas apakah elemen-elemen paling penting tentang masalah tersebut. Sebagai seorang penyelesai masalah, saya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah sukar. Itulah sumbangan saya dan bagaimana saya membina NTUC Income untuk tumbuh 600 kali ganda dalam 30 tahun," kata Encik Tan, yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di NTUC Income.
Beliau juga menambah, sekiranya dilantik sebagai Presiden, beliau akan cuba menjalin hubungan yang baik dengan Perdana Menteri untuk mencapai matlamat-matlamat dengan cara yang lebih baik.
Beliau menjelaskan perkara itu kepada pihak media semasa kunjungannya ke Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai pada Jumaat (25 Ogos) untuk beramah mesra dengan masyarakat Melayu/Islam.
"Saya sangat gembira orang-orang Muslim di sini kenal saya dan ramah dengan saya tapi saya mesti katakan, kebanyakan orang Melayu dan Muslim yang saya kenal memang orang yang ramah. Mereka mungkin layan calon-calon lain sama baiknya. Jadi saya gembira untuk mendekati dengan pegerai dan pelanggan Melayu/Islam di pasar ini," kata Encik Tan.
PENGALAMAN DALAM PEMERINTAH JADIKAN SUKAR UNTUK ENCIK THARMAN UBAH DASAR: TKL
Di samping itu, Encik Tan berharap dapat membantu rakyat.
Ini termasuk mengurangkan kos sara hidup, menyediakan perumahan yang boleh dimampui dan menyediakan pekerjaan yang stabil dengan pendapatan lebih baik.
Menurut Encik Tan, perubahan itu sukar dikecapi sekiranya individu yang dipilih ada kaitan dengan pemerintah.
"Adalah senang untuk Encik Tharman mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri kerana mereka berkongsi dasar-dasar yang sama, idea-idea yang sama selama lebih 20 tahun. Jadi, dasar-dasar ini akan diteruskan. Akan sukar untuk Encik Tharman memikirkan tentang dasar-dasar lain.
"Beliau bukan seorang 'chameleon' yang boleh bertukar warna. Beliau sudah dikaitkan dengan dasar-dasar pemerintah selama lebih 20 tahun. Jadi sebagai presiden, tidak dinafikan beliau akan ada hubungan yang baik dengan Perdana Menteri tapi dasar-dasarnya tetap akan sama.
"Rakyat Singapura mahukan sesetengah dasar untuk berubah dan justeru mereka mempunyai pilihan untuk mengundi saya jadi saya boleh sampaikan kepada Perdana Menteri permintaan, aspirasi dan juga kepayahan rakyat," tambah Encik Tan.
Beliau berkata beliau akan melakukannya dengan cara yang berhemah dan konsultasi dalam semangat untuk bekerjasama.
Semasa kunjungan Encik Tan ke kawasan Geylang Serai, beliau turut ditemani isterinya, Cik Tay Siew Hong.
Pasangan itu sempat beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung masyarakat Melayu/Islam di sana sebagai sebahagian dari kegiatan berkempen.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.