Tan Kin Lian mohon maaf kepada mereka yang rasa 'tidak selesa' dengan catatan 'wanita cantik' di media sosial
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Calon pilihan raya presiden Tan Kin Lian pada Selasa (22 Ogos) berkata bahawa beliau tidak mengetahui kenapa catatan media sosialnya sebelum ini mengenai wanita menjadi perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Namun, beliau memohon maaf kepada mereka yang mungkin rasa "tidak selesa".
"Saya memang berkata bahawa terdapat beberapa wanita cantik, tetapi wanita-wanita tersebut berusaha untuk jadi lebih cantik dan menarik. Apabila memuji kecantikan mereka, kebanyakan daripada mereka rasa gembira," katanya kepada wartawan.
"Saya tidak tahu kenapa terdapat individu yang ingin menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang negatif," katanya. Encik Tan menambah bahawa beliau digambarkan oleh media secara "tidak adil dan tidak jujur".
"Namun, jika terdapat beberapa wanita yang selepas membaca tentang perkara ini, rasa bahawa mereka tidak selesa, saya ingin memohon maaf kepada mereka," kata calon pilihan raya presiden kali kedua itu dalam satu wawancara bersama media ketika dia disahkan sebagai calon Pilihan Raya Presiden yang akan diadakan pada 1 September.

Encik Tan berkata beliau bercakap dengan Encik Tharman Shanmugaratnam pada Selasa.
"Encik Tharman meminta untuk bercakap dengan saya, dan beliau sangat ramah. Beliau menegaskan bahawa pasukannya tidak terlibat dalam kempen memfitnah saya," katanya kepada wartawan.
Encik Tharman secara berasingan berkata bahawa beliau "tidak terlibat sama sekali", dan ia "bertentangan dengan semua" pendiriannya.
Encik Tan menambah bahawa beliau tidak fikir komen-komen "berniat jahat" tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan seorang lagi pesaingnya, Encik Ng Kok Song.
Calon pilihan raya presiden itu juga berkata bahawa beliau ingin menghubungi AWARE.
"Saya ingin menyampaikan mesej kepada AWARE - 'Tolong beritahu saya perkara yang anda anggap sebagai melampau' - namun saya tidak dapat menghubungi mereka."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.