Tan Kin Lian janji pendekatan 'positif, membina' untuk 'pengaruhi' dasar jika dipilih
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Bakal calon Pilihan Raya Presiden Tan Kian Lian tidak berhasrat untuk menjadi "musuh pemerintah", namun berharap untuk "bekerjasama" dalam perbincangan yang bermakna bersama para menteri, untuk "mempengaruhi" penggubalan dasar.
Encik Tan menambah, jika dipilih, beliau akan menggunakan kuasa veto Presiden untuk "memastikan dasar pemerintah sejajar dengan visi dan matlamatnya".
Encik Tan, 75 tahun, berkata demikian dalam catatan blog pada Khamis (3 Ogos), dalam usaha menjelaskan bagaimana beliau akan memanfaatkan kuasa Presiden jika dipilih.
Beliau menambah bahawa dengan kuasa yang diberikan, beliau "akan mencari huraian-huraian alternatif untuk menurunkan kos sara hidup, memastikan rumah mampu dimiliki semua orang dan menawarkan pekerjaan stabil dengan peluang untuk maju."
"Saya akan mengambil pendekatan positif, membina, dengan minda terbuka serta mencadangkan kepada para menteri untuk mencuba pendekatan baharu secara kecil-kecilan sebelum melaksanakannya sepenuhnya," kata Encik Tan.
Pada Isnin (31 Jul), Encik Tan mengumumkan bahawa beliau sudah menyerahkan permohonannya bagi Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

'MENGGUNAKAN' KUASA PRESIDEN
Catatannya pada Khamis menyenaraikan tiga cara bagaimana beliau akan "mempengaruhi dasar pemerintah", iaitu dengan mendampingi para pegawai yang dilantik, menggunakan kuasa veto dan menggalakkan perbahasan awam.
"Dengan menjalin hubungan positif dan membina, saya boleh mempengaruhi proses mereka membuat keputusan," katanya.
Di Singapura, Presiden boleh menolak cadangan Pemerintah, namun, harus berunding dengan
Majlis Penasihat Presiden apabila menggunakan kuasa veto berhubung dengan rizab Singapura atau pelantikan pemegang jawatan utama.
Encik Tan juga berkata beliau ingin "membina satu platform untuk pihak berkepentingan berbeza untuk menyuarakan pandangan mereka dan mencadangkan huraian" bagi isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka.
"Masyarakat yang berpengetahuan boleh menyumbang idea baik kepada pemerintah supaya mempertimbangkan pendekatan alternatif," tambah Encik Tan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.