Tan Chye Hee Setiausaha Tetap baharu MHA; CEO NEA bakal lepaskan jawatan
Encik Tan Chye Hee (kiri) akan menyandang jawatan Setiausaha Tetap Ehwal Dalam Negeri mulai 1 Jun 2026, manakala Encik Wong Kang Jet akan lepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif NEA untuk menyandang beberapa pelantikan sebagai Setiausaha Tetap Kedua. (Gambar: PSD)
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Encik Wong Kang Jet, juga dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua Ehwal Dalam Negeri. Beliau akan melepaskan jawatannya di NEA.
Encik Wong, 46 tahun, akan menyandang jawatan Setiausaha Tetap Kedua (Penerangan) di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), serta Setiausaha Tetap Kedua (Keselamatan Siber) di Pejabat Perdana Menteri (PMO) mulai 1 Jun.
Mengumumkan perubahan tersebut pada petang tadi, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) menyatakan Setiausaha Tetap Ehwal Dalam Negeri seterusnya, iaitu Encik Tan, akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap (Penerangan dan Pembangunan) di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mulai 1 Jun.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan MHA, sebelum pelantikannya sebagai timbalan pesuruhjaya siasatan dan risikan di SPF pada 2015, dan sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di MHA pada 2020.
Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan Ehwal Dalam Negeri) dan Setiausaha Tetap (Penerangan dan Pembangunan) di MDDI pada Oktober tahun lalu.
Setiausaha Tetap Ehwal Dalam Negeri semasa, Encik Pang, akan bersara selepas 35 tahun bertugas dalam Perkhidmatan Awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.