Tan Chuan-Jin letak jawatan sebagai presiden Majlis Olimpik Kebangsaan SG susuli hubungan sulit
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Presiden SNOC Tan Chuan-Jin. (Gambar: Laman Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura)
SINGAPURA: Mantan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin meletak jawatan daripada peranan sebagai presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC). Ini menyusuli pendedahan mengenai hubungan sulit antara Encik Tan dengan Anggota Parlimen (AP) Cheng Li Hui.
SNOC menyatakan dalam satu kenyataan pada Selasa (18 Jul) bahawa ia menerima peletakan jawatan Encik Tan dan mengucapkan terima kasih atas khidmat dan sumbangannya.
Encik Tan sudah menyandang jawatan Presiden SNOC sejak 2014 dan dipilih semula bagi penggal ketiga pada September tahun lalu, menerusi undian sebulat suara. Penggalnya sepatutnya berakhir pada 2026.
Naib Presiden paling kanan di pertubuhan itu, Jessie Phua, akan dilantik sebagai pemangku presiden SNOC dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif seterusnya.
Ini sebagaimana yang ditetapkan perlembagaan SNOC.
"HUBUNGAN TIDAK WAJAR"
Encik Tan dan AP Cheng Li Hui telah meletak jawatan daripada parlimen dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), pada Isnin.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa Encik Tan dan Cik Cheng mempunyai "hubungan tidak wajar" dan telah meneruskan hubungan mereka itu, meskipun diminta untuk menghentikannya.
Encik Lee mendedahkan bahawa beliau dimaklumkan tentang hubungan pasangan itu selepas Pilihan Raya Umum 2020. Beliau sudah bercakap dan menasihati mereka, yang terakhir pada Februari tahun ini, tetapi mereka tetap meneruskan hubungan tersebut.
Encik Tan, 54 tahun, mempunyai isteri dan dua orang anak manakala Cik Cheng, 47 tahun, masih lagi bujang.
Dalam surat peletakan jawatannya, Encik Tan berkata insiden melibatkan penggunaan bahasa tidak sesuai di parlimen di Dewan menambah kepada kekecewaan keluarganya.
Menurut satu catatan di reddit, Encik Tan berkata "f****** populist" dengan nada yang rendah selepas memanggil Anggota Parlimen (AP) Vikram Nair (PAP-Sembawang) untuk menjawab AP Jamus Lim (WP-Sengkang).
Encik Lee menyatakan dalam sebuah sidang media yang diadakan pada Isnin bahawa beliau akan melantik Speaker baharu menjelang sidang parlimen seterusnya pada 1 Ogos. Timbalan Speaker Parlimen Jessica Tan akan menjadi Pemangku Speaker.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong akan mengambil alih tugas Encik Tan untuk menjaga para penduduk Kembangan-Chai Chee di kawasan undi Marine Parade. Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pula akan menjaga para penduduk Tampines East.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.