Tan Chuan-Jin lakukan lawatan rasmi pertama ke KL sebagai Speaker Parlimen
Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin akan mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur, Malaysia dari hari ini (18 Mac) hingga Rabu (20 Mac), menurut Parlimen Singapura dalam satu kenyataan media.

Speaker Parliament Tan Chuan-Jin (tengah) bersama delegasinya in Kuala Lumpur. (Gambar: Tan Chuan-Jin/Facebook).
SINGAPURA: Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin akan mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur, Malaysia dari hari ini (18 Mac) hingga Rabu (20 Mac), menurut Parlimen Singapura dalam satu kenyataan media.
Ini adalah kali pertama Encik Tan melakukan lawatan rasmi sejak beliau dilantik sebagai Speaker Parlimen pada September 2017.
Pada Selasa (19 Mac), Encik Tan akan menyampaikan satu ucapan mengenai urus tadbir dari perspektif parlimen. Beliau diundang oleh Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Mohamad Ariff Md Yusof, untuk mengongsi pandangannya bagi Siri Ceramah Speaker Dewan Rakyat.
Semasa lawatan itu, Encik Tan dan delegasinya juga akan menyaksikan sidang parlimen Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat dengan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang dan Parlimen, Liew Vui Keong.
"Di Kuala Lumpur, Encik Tan dan delegasinya akan berpeluang bertemu dan berdialog dengan pelbagai anggota parlimen Malaysia dengan tujuan untuk memperluaskan dan memperkukuhkan hubungan dua hala," menurut kenyataan media itu.
Encik Tan akan diiringi oleh Anggota Parlimen Vikram Nair, Pritam Singh, Melvin Yong, Yee Chia Hsing, Joan Pereira, Henry Kwek dan Saktiandi Supaat. Anggota Parlimen Dilantik Anthea Ong juga akan menyertai delegasi tersebut.
Mereka akan mengadakan pertemuan dengan Encik Mohamad Ariff serta presiden Dewan Negara (Senat) S A Vigneswaran untuk saling bertukar padangan serta mempertingkatkan dialog parlimen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.