Tan Chuan-Jin dilantik Timbalan Pengerusi Mandai Park Holdings
Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dilantik sebagai timbalan pengerusi Mandai Park Holdings (MPH).
Encik Tan Chuan-Jin. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dilantik sebagai timbalan pengerusi Mandai Park Holdings (MPH).
Pelantikannya berkuatkuasa pada 8 November, menurut kenyataan media yang dikeluarkan MPH hari ini (8 Dis).
Turut menyertai lembaga itu bersama Encik Tan adalah Cik Chong Siak Ching, ketua eksekutif Galeri Nasional, yang dilantik sebagai pengarah pada 1 Ogos lalu.
Encik Tan dan Cik Chong menyertai 11 lagi pengarah dalam lembaga MPH, yang dipengerusi oleh Encik S Dhanabalan, yang juga pengerusi Temasek Trust, anggota Majlis Penasihat Presiden dan anggota Majlis Presiden untuk Hak Minoriti.
Encik Tan dilantik sebagai Speaker Parlimen ke-10 pada September lalu, menggantikan mantan Speaker dan kini Presiden Halimah Yacob.
MPH menyelia projek pembangunan semula Mandai dan pembangunannya sebagai kawasan alam semula jadi bersepadu dan taman haiwan.
Ia juga bertanggungjawab atas perkembangan perniagaan Wildlife Reserves Singapura, yang mengendalikan Taman Burung Jurong, Safari Malam, River Safari dan Taman Haiwan Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.