Skip to main content

Singapura

Tan Cheng Bock janji parti baru akan jadi 'alternatif menyatukan' bagi S'pura

Terdapat "penghakisan" berhubung ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawapan dalam Pemerintah, menurut Dr Tan Cheng Bock pada Jumaat (26 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Cheng Bock janji parti baru akan jadi 'alternatif menyatukan' bagi S'pura

Encik Tan Cheng Bock. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 03:16PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 03:43PM

SINGAPURA: Terdapat "penghakisan" berhubung ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawapan dalam Pemerintah, menurut Dr Tan Cheng Bock pada Jumaat (26 Jul).

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab di sebalik keputusannya untuk menubuhkan sebuah parti politik baru.

"Saya percaya proses tadbir urus pemerintah sudah menyimpang," menurut Dr Tan, yang juga setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura yang baru, dalam satu sidang media yang diadakan di hotel Swissotel Merchant Court pada Jumaat (26 Jul).

Dr Tan kembali bergiat dalam dunia politik awal tahun ini. Beliau memfailkan pendaftaran dengan Pendaftar Persatuan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru pada 16 Jan. Partinya didaftarkan secara rasmi pada hujung Mac.

Dr Tan yang mempunyai pengalaman sebagai anggota parlimen selama 26 tahun, bertanding dalam pilihan raya Presiden pada 2011 dan kalah tipis kepada Dr Tony Tan.

Pada Mac 2016, Dr Tan mengumumkan niatnya untuk bertanding sekali lagi, namun pindaan terhadap Perlembagaan menghalangnya berbuat demikian.

Dalam sidang media hari ini, Dr Tan ditemani anggota eksekutif lain parti itu. Antaranya adalah Pengerusi parti, Wang Swee Chuang, penolong setiausaha agung Anthony Lee, bendahari S Nallakaruppan, penolong bendahari Hazel Poa dan anggota Abdul Rahman Mohamad.

Semasa sesi soal jawab di sidang media itu, Dr Tan enggan memberikan butiran lanjut mengenai saranan-saranan dasar yang akan diutarakan oleh PSP. Menurut beliau, sebilangannya akan didedahkan oleh parti semasa pelancaran rasmi pada 3 Ogos di tempat yang sama.

Singapura dijangka mengadakan pilihan raya umum menjelang awal 2021. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita