Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tan Cheng Bock 'beransur pulih' susuli pembedahan paru-paru

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Cheng Bock 'beransur pulih' susuli pembedahan paru-paru

(Gambar:Facebook/Dr Tan Cheng Bock)

SINGAPURA: Pengasas Parti Kemajuan Singapura (PSP), Tan Cheng Bock mendedahkan pada Sabtu (30 Jul) bahawa beliau menjalani pembedahan paru-paru. Beliau kini beransur pulih di hospital.

"Baru-baru ini, selepas menjalani beberapa pemeriksaan perubatan, doktor menasihatkan saya supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk membuang tumbuhan kecil (lesion) pada paru-paru kanan saya," kata Dr Tan dalam satu hantaran Facebook.

Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada Jumaat (29 Jul) untuk menjalani pembedahan tersebut.

"Pembedahan itu selamat dijalankan dan saya sedang beransur pulih. Saya dijangka boleh pulang ke rumah dalam masa satu minggu," kata Dr Tan sambil mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat di NUH.

Dr Tan merupakan seorang mantan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP). Beliau menjadi pengasas PSP pada 2019 sebelum Pilihan Raya Umum 2020.

Dalam Pilihan Raya Umum tersebut, beliau bertanding di GRC West Coast sebagai sebahagian daripada pasukan lima anggota PSP yang dianggotai oleh Encik Jeffrey Khoo, Cik Hazel Poa, Encik Leong Mun Wai dan Encik Nadarajah Loganathan.

Dr Tan merupakan Anggota Parlimen Ayer Rajah yang kini sudah menjadi sebahagian daripada GRC West Coast selama 26 tahun.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan