Skip to main content

Singapura

Tan Cheng Bock bakal terajui pasukan PSP di GRC West Coast; Lee Hsien Yang tiada dalam senarai bakal calon

Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengumumkan pada Jumaat (26 Jun) barisan calonnya bagi sembilan kawasan undi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (GE), dengan ketua parti Tan Cheng Bock memimpin sebuah pasukan di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2020 03:10PM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 09:28PM

SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengumumkan pada Jumaat (26 Jun) barisan calonnya bagi sembilan kawasan undi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (GE), dengan ketua parti Tan Cheng Bock memimpin sebuah pasukan di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast.

Encik Lee Hsien Yang yang menjadi anggota PSP secara rasmi pada Rabu (24 Jun) tidak dinamakan sebagai antara bakal calon parti tersebut.

Apabila ditanya tentang Encik Lee dalam barisan bakal calon PSP, Dr Tan setakat mengatakan bahawa senarai itu sudah lengkap, namun menambah: "Tetapi izinkan saya untuk mengingatkan anda bahawa dalam politik, perubahan boleh berlaku. Calon-calon boleh ditukar, pasti anda tahu. Oleh itu, anda hanya perlu menunggu dan melihat.

"Anda boleh membuat spekulasi seperti yang anda lakukan sekarang, cukup baik. Tetapi ingatlah apa yang saya katakan - pengesahan itu datang daripada saya."

Menurut parti itu, bakal calon yang akan ditampilkan di kawasan undi yang akan ditandingi adalah:

GRC West Coast: Encik Leong Mun Wai, Cik Hazel Poa, Encik Jeffrey Khoo, Encik Nadarajah Loganathan, Dr Tan Cheng Bock

GRC Tanjong Pagar: Cik Wendy Low, Encik Harish Pillay, Encik Michael Chua, Encik Terence Soon, Encik Abas Kasmani

GRC Chua Chu Kang: Encik Francis Yuen, Dr Tan Meng Wah, Encik Abdul Rahman, Encik Choo Shaun Ming

GRC Nee Soon: Encik Bradley Bowyer, Encik Damien Tay, Cik Kala Manickam, Encik Sri Nallakaruppan, Encik Taufik Supan.

SMC Marymount: Dr Ang Yong Guan

SMC Yio Chu Kang: Cik Kayla Low

SMC Kebun Baru: Encik Kumaran Pillai

SMC Pioneer: Encik Lim Cher Hong

SMC Hong Kah North: Cik Gigene Wong

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita