Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tampines rintis inisiatif 'Health Up!'; sediakan pelan kesihatan khusus bagi penduduk

Satu inisiatif baru dilancarkan bagi menggalak penuaan secara sihat dalam kalangan rakyat tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2021 05:39PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 11:36PM

SINGAPURA: Satu inisiatif baru dilancarkan bagi menggalak penuaan secara sihat dalam kalangan rakyat tempatan.

Diberi nama 'Health Up!', inisatif itu dirintis di Tampines sebelum diperluaskan ke semua kawasan kejiranan di negara ini.

Kegiatan senaman diadakan tengah hari tadi (27 Nov) sempena perasmian inisiatif 'Health Up!' di Tampines.

Program itu disasarkan buat penduduk berusia 40 tahun dan ke atas yang tinggal di kejiranan itu.

Mereka yang mendaftarkan diri bagi inisiatif tersebut dapat menjalani pemeriksaan kesihatan dan penilaian kecergasan secara percuma.

Anggotanya juga akan diperkenalkan kepada Penyelaras Kesejahteraan mereka sendiri.

Penyelaras Kesejahteraan itu merupakan kakitangan SingHealth yang akan mengubah suai rutin senaman dan pemakanan khusus buat anggota serta memantau kemajuan mereka selama enam minggu.

Inisiatif itu dilancarkan setelah hasil tinjauan mendapati penduduk Tampines mengalami kesukaran untuk mengekalkan tabiat yang sihat.

Di bawah inisiatif tersebut, para anggota juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan secara kerap bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Inisiatif 'Health Up!' diterajui Poliklinik SingHealth dan rakan-rakan seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Sport Singapore dan klinik-klinik GP.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Koh Poh Koon, berkata 'Health Up!' adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang bagi memastikan penduduk dapat menjalani usia tua dengan lebih sihat.

Dr Koh menambah perkara-perkara yang dipelajari semasa tempoh ujian itu akan dapat membantu memperhalusi program tersebut.

Terdapat juga rancangan untuk memperkenalkan inisiatif itu di semua kawasan kejiranan pada masa akan datang. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan