Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tampines Mall dibuka semula, seorang lelaki dikejarkan ke hospital

Pusat beli-belah Tampines Mall yang terpaksa ditutup buat sementara waktu setelah satu kebakaran tercetus petang tadi (18 Apr) kini dibuka semula 

Anggaran Waktu Membaca:
Tampines Mall dibuka semula, seorang lelaki dikejarkan ke hospital

Kebakaran berlaku di pusat beli-belah Tampines Mall pada 18 Apr. (Gambar: Petikan skrin dari video-video Facebook)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 10:04PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:07PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Tampines Mall yang terpaksa ditutup buat sementara waktu setelah satu kebakaran tercetus petang tadi (18 Apr) kini dibuka semula kepada orang ramai sekitar dua jam kemudian pada 7.00 malam.

Bagaimanapun, menurut pusat beli-belah tersebut, ada beberapa kedai yang memilih untuk tutup terus buat hari ini.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran itu melibatkan alat penggoreng dari sebuah acara yang diadakan di atrium pusat beli-belah berkenaan. SCDF menambah, ia memberi respons kepada kejadian itu pada sekitar 4.30 petang.

Namun sebelum itu, orang awam bertindak menggunakan alat pemadam api serbuk kering dan gelung hos untuk melawan api kebakaran yang berjaya dipadamkan sebelum SCDF tiba.

Menurut SCDF, seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Besar Changi kerana terhidu asap. Ia turut mengesahkan kakitangan keselamatan pusat beli-belah itu membantu orang ramai untuk mengosongkan bangunan tersebut sebagai langkah keselamatan.

Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan