Tampines lancar sistem kitar semula sisa makanan di semua pusat kejiranan HDB
SINGAPURA: Peniaga di Tampines menggiatkan lagi usaha kitar semula.
Dalam masa dua tahun akan datang, mereka boleh mengitar semula sisa makanan di semua pusat kejiranan HDB.
Ini menyusuli satu projek perintis yang dapat mengitar semula lebih 44,000 kilogram sisa makanan.
Sebelum dikitar semula, sampah plastik, barangan logam dan sisa makanan perlu diasingkan.
Hanya sisa makanan seperti sayur, buah dan sup akan dikitar semula menggunakan sebuah mesin penghancur makanan.
Sisa makanan itu pula dijadikan baja.
Selepas program perintis selama enam bulan pada 2019, Tampines West menjadi kawasan kejiranan pertama yang bakal melancarkan sistem rawatan itu.
Sebuah pasar basah, tiga pasar raya dan dua perniagaan makanan akan menggunakan mesin tersebut.
Selain itu, langkah mengitar semula makanan juga akan diperluaskan meliputi 14 lagi kedai kopi dan perniagaan lain di kawasan berkenaan.
Langkah itu adalah sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura untuk mengurangkan sehingga 30 peratus sampah yang dihantar ke tempat pelupusan terbuka menjelang 2030.
Sisa makanan membentuk lebih 10 peratus daripada jumlah sampah di negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.