Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tampines GRC sediakan program bagi seisi keluarga sempena cuti sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2022 04:14PM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 10:50PM
SINGAPURA: Lebih banyak program bagi seisi keluarga disediakan sempena musim cuti sekolah hujung tahun dengan harapan mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata penduduk di Tampines boleh menjangkakan lebih 100 kegiatan sedemikian.

Ini termasuk perlawanan bola sepak dan perkhemahan keluarga.

Encik Masagos yang juga Anggota Parlimen kawasan undi itu, melancarkan inisiatif sebulan yang diberi nama "Tampines Made For Families".

Ia adalah sebahagian daripada gerakan Tahun Meraikan Keluarga SG.

Sebagai permulaan, lebih 500 keluarga menyertai kegiatan berjalan kaki atau 'walkathon', di mana mereka meneroka taman-taman dan kebun-kebun berdekatan.

Melancarkan acara itu, Encik Masagos menambah lebih 83,000 isi rumah di GRC Tampines akan menerima baucar diskaun yang boleh digunakan di kedai-kedai runcit serta makanan dan minuman (F&B) di Hab Tampines Kita.

Ia bertujuan membantu keluarga menguruskan perbelanjaan seharian dan menikmati jamuan bersama.
Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan