Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tampines bakal dilengkapi Papan Eko galak penjimatan tenaga

Estet-estet kejiranan HDB di Tampines bakal dilengkapi dengan Papan-Papan Eko tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2020 08:30PM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 09:27PM

SINGAPURA: Estet-estet kejiranan HDB di Tampines bakal dilengkapi dengan Papan-Papan Eko tidak lama lagi.

Ia bagi membantu para penduduk dan majlis bandaran berhemat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik.

10 blok yang didiami sekitar 1,300 isi rumah adalah antara yang pertama di Singapura dilengkapi dengan papan-papan eko dalam tempoh dua bulan mendatang.

Papan-papan digital di lobi-lobi lif itu akan menyediakan para penduduk dengan maklumat semasa tentang penggunaan tenaga elektrik dan air di setiap blok.

Ia juga memaparkan pengeluaran gas karbon dan data trend penggunaan serta tip-tip penjimatan.

Para penduduk boleh menyertai cabaran-cabaran menjimatkan tenaga bersama jiran tetangga.

Majlis-majlis bandaran pula boleh menggunakan maklumat sedemikian bagi mengesan pembaziran atau penggunaan tenaga yang kurang berkesan.

SP Group, yang mengendalikan program ujian tersebut bersama Majlis Bandaran Tampines menyatakan, langkah itu penting kerana sehingga separuh tenaga bagi setiap blok digunakan di kawasan-kawasan bersama.

Hasil ujian rintis itu akan dimanfaatkan untuk meluaskan projek tersebut pada masa depan.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan