Skip to main content

Singapura

Tambang RTS JB-SG akan ditentukan syarikat pengendali: Chee Hong Tat

Anggaran Waktu Membaca:
Tambang RTS JB-SG akan ditentukan syarikat pengendali: Chee Hong Tat

Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat (kanan) dan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke di satu sidang media bagi menandakan selesainya penghubung jejambat RTS pada 11 Jan 2024. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Jan 2024 12:25PM Dikemas Kini : 11 Jan 2024 06:54PM
SINGAPURA: Harga tambang bagi Sistem Kereta Api Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura akan "ditentukan secara komersil" oleh syarikat pengendali khidmat itu apabila ia mula beroperasi.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Khamis (11 Jan), syarikat RTS Operations, perlu menimbangkan beberapa faktor tertentu seperti permintaan bagi khidmat RTS dan "kos menawarkan perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai kepada penumpang untuk satu tempoh berdaya tahan dari segi kewangan.

RTS Operations juga perlu mengambil kira tambang pilihan perjalanan alternatif seperti teksi, bas dan feri.

Encik Chee berkata demikian kepada para wartawan di luar satu upacara untuk menandakan selesainya penghubung jejambat RTS.

Semasa upacara tersebut pada Khamis, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Anwar Ibrahim menandatangani plak, yang secara simbolik menunjukkan komitmen kedua-dua negara terhadap pembinaan projek kereta api itu.

Projek itu sudah lebih 65 peratus siap di kedua belah pihak. Ia dijadualkan memulakan operasi menjelang hujung 2026.
KURANGKAN MASA PERJALANAN "SANGAT PENTING"

Apabila RTS siap dan mula beroperasi, ia mampu menampung sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah bagi perjalanan antara stesen Woodlands North di Singapura dengan Bukit Chagar di Johor yang akan mengambil masa sekitar lima minit sahaja.

Menteri Pengangkutan Malaysia Antony Loke berkata khidmat RTS akan "mengurangkan kesesakan di Koswe sebanyak 35 peratus".

"Kita mesti memastikan infrastruktur kami memenuhi permintaan salah satu daripada lintasan sempadan paling sibuk di dunia," tambahnya.
Related article image
Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat (kanan) dan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke di satu sidang media, untuk menandakan selesainya penghubung jejambat Lalauan RTS tersebut pada 11 Jan 2024. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
Menyentuh tentang peri pentingnya Laluan RTS, Encik Chee menarik perhatian bahawa projek itu "bukan sekadar membina jambatan".

"Ia berhubung jalinan hubungan lebih kukuh antara penduduk Singapura dan Malaysia. Ia juga tentang membina masa depan lebih cerah bagi kedua-dua negara, mengukuhkan lagi persahabatan yang sudah lama terjalin, dan mewujudkan lebih banyak peluang yang saling memanfaatkan satu sama lain bagi perniagaan dan rakyat dalam bidang kepentingan bersama," ujarnya.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita