Tambang pengangkutan awam SG naik 12 hingga 13 sen bagi penumpang dewasa mulai 26 Dis
Tambang pengangkutan awam akan dinaikkan antara 12 hingga 13 sen bagi setiap perjalanan untuk pengguna kad dewasa mulai 26 Disember, umum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) pada Selasa (29 Sep).
- The Public Transport Council (PTC) announced that public transport fares in Singapore would rise by 7 per cent from Dec 26, with adult card users paying an extra 12 to 13 cents per journey.
- Concession card holders, including students, senior citizens and people with disabilities, will pay an extra 5 cents, while WTCS fares will remain unchanged as they are covered by the Government.
- The Government has increased the Public Transport Voucher to S$80, widened the salary ceiling to S$2,100 per person and expects four in 10 households to be eligible.
- The PTC deferred the remaining 7.7 percentage points of the fare increase, while the Government is providing nearly S$200 million in additional subsidies for 2027 to help commuters and operators.
- PTC mengumumkan tambang pengangkutan awam di Singapura naik 7 peratus mulai 26 Disember, dengan pengguna kad dewasa membayar tambahan 12 hingga 13 sen setiap perjalanan.
- Pemegang kad konsesi seperti pelajar, warga emas dan golongan kurang upaya dikenakan tambahan 5 sen, manakala tambang WTCS kekal kerana ditanggung Pemerintah.
- Pemerintah menaikkan Baucar Pengangkutan Awam kepada S$80, meluaskan had pendapatan kepada S$2,100 seorang, dan menjangka empat daripada 10 isi rumah layak.
- PTC menangguhkan baki kenaikan 7.7 mata peratusan, sementara Pemerintah menyediakan hampir S$200 juta subsidi tambahan bagi 2027 untuk membantu penumpang dan pengendali.
SINGAPURA: Tambang pengangkutan awam akan dinaikkan antara 12 hingga 13 sen bagi setiap perjalanan untuk pengguna kad dewasa mulai 26 Disember, umum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) pada Selasa (29 Sep).
Penumpang dewasa yang melakukan perjalanan sehingga 3.2 kilometer akan membayar tambahan 12 sen, manakala perjalanan lebih jauh dikenakan tambahan 13 sen.
Secara keseluruhannya, tambang pengangkutan awam akan naik 7 peratus, berbanding kenaikan 5 peratus pada tahun lalu.
Menurut PTC, kenaikan kali ini didorong sebahagiannya oleh peningkatan ketara pada harga tenaga antara Julai 2025 dengan Jun 2026 akibat ketegangan di Timur Tengah.
Bagi pemegang kad konsesi, termasuk pelajar, warga emas dan golongan kurang upaya, tambang akan naik 5 sen bagi setiap perjalanan.
Tambang bagi pekerja bergaji rendah di bawah Skim Konsesi Pengangkutan Daya Kerja (WTCS) pula tidak berubah, dengan Pemerintah menanggung kenaikan bagi sekitar 190,000 pemegang kad.
Tambang tunai akan naik 20 sen bagi penumpang dewasa dan 10 sen bagi pelajar, warga emas serta golongan kurang upaya.
Harga semua pas bulanan tidak berubah.
BAUCAR PENGANGKUTAN AWAM DINAIKKAN KEPADA S$80
Pemerintah akan menyediakan tambahan S$15 juta bagi baucar pengangkutan awam tahun ini.
Setiap isi rumah yang layak akan menerima Baucar Pengangkutan Awam (PTV) bernilai S$80, naik daripada S$60 tahun lalu.
Had kelayakan pendapatan juga dinaikkan daripada pendapatan isi rumah bulanan setiap orang sebanyak S$1,800 kepada S$2,100.
Dengan perubahan itu, sekitar empat daripada 10 isi rumah akan layak menerima baucar, termasuk sekitar 60,000 isi rumah tambahan.
Baucar tersebut boleh digunakan untuk menambah nilai kad atau membeli pas bulanan.
Pengagihan akan dilakukan melalui dua peringkat.
Dalam peringkat pertama, isi rumah yang menerima baucar bagi PTV 2025 dan masih memenuhi syarat pendapatan akan menerima baucar secara automatik.
Surat pemberitahuan akan dihantar melalui pos atau SMS mulai hujung Disember.
Mulai awal 2027, isi rumah yang layak tetapi tidak menerima baucar dalam peringkat pertama boleh membuat permohonan secara online atau di kelab masyarakat atau balai rakyat masing-masing.
Baucar tersebut sah digunakan sehingga 31 Mac 2028.
KENAIKAN 7%, BAKI DITANGGUHKAN
Di bawah formula penyesuaian tambang, kenaikan maksimum yang dibenarkan tahun ini ialah 14.7 peratus selepas mengambil kira penyesuaian yang ditangguhkan daripada semakan tambang sebelum ini.
Namun, PTC memutuskan untuk membenarkan kenaikan 7 peratus dan menangguhkan baki 7.7 peratusan mata kepada semakan tambang akan datang.
Pemerintah akan menyediakan subsidi tambahan hampir S$200 juta bagi 2027 untuk menampung penangguhan tersebut.
Jumlah itu adalah tambahan kepada lebih S$2 bilion subsidi operasi pengangkutan awam setiap tahun.
Kenaikan tambang 7 peratus dijangka menghasilkan tambahan sekitar S$176.9 juta hasil tambang setiap tahun.
SBS Transit Rail dijangka menerima tambahan S$26.9 juta dan SMRT Trains S$52.9 juta.
Hasil tambang bagi perkhidmatan bas dan Laluan Thomson-East Coast yang dikumpulkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pula dijangka meningkat S$97.1 juta bagi menampung kos operasi.
PTC menyatakan hasil tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung kos menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bermutu tinggi.
Dalam satu kenyataan berasingan pada Selasa (29 Sep), Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan bahawa sokongan tambahan itu akan membantu para penumpang dan pengendali dengan menanggung kos penangguhan kenaikan penuh tambang yang dibenarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.