Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tambang khidmat kereta sewa privet melonjak dek permintaan tinggi, kurang pemandu

Lonjakan harga tambang dan kesukaran menempah kereta sewa privet disebabkan oleh permintaan meningkat serta kekurangan pemandu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Aug 2022 04:15PM Dikemas Kini : 02 Aug 2022 11:05PM
SINGAPURA: Lonjakan harga tambang dan kesukaran menempah kereta sewa privet disebabkan oleh permintaan meningkat serta kekurangan pemandu.

Memberikan jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan oleh AP GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat, di Parlimen pada Selasa (2 Ogos), Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata jumlah pemandu teksi dan kereta sewat privet merosot 18 peratus kepada sekitar 57,000 orang setakat bulan lalu berbanding Januari 2020.

Penguncupan itu disebabkan permintaan yang berkurangan semasa pandemik melanda.

Permintaan kembali melonjak berikutan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat pada Mac dan April tahun ini.

Antara Februari hingga Jun, jumlah harian perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain meningkat sebanyak 30,000.

Namun, jumlah pemandu tidak bertambah seiring dengan permintaan.

Encik Iswaran menambah, sektor itu akan mengambil masa untuk memenuhi permintaan yang lebih rancak.

Menurutnya lagi, permohonan lesen vokasional kian meningkat baru-baru ini dan sesetengah bekas pemandu mungkin kembali ke sektor tersebut secara beransur-ansur.
Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan