Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tambang Grab naik 30% sempena Syawal

Sempena bulan Syawal ini, sudah pasti permintaan bagi khidmat kereta sewa privet juga meningkat sedang umat Islam sibuk berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena bulan Syawal ini, sudah pasti permintaan bagi khidmat kereta sewa privet juga meningkat sedang umat Islam sibuk berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara.

Encik Rashid Senin sekeluarga tidak terkecuali. Mereka bergantung kepada khidmat Grab untuk berkunjung sanak-saudara mereka pada Aidilfitri ini.

Namun, beliau terpaksa menunggu sehingga 30 minit sebelum tempahan Grabnya tiba.

"Kadang-kadang terus tak dapat. Kemungkinan besar, pada pendapat saya, ramai juga pemandu-pemandu Grab berbangsa Melayu, orang Islam yang menyambut Raya," kata Encik Rashid yang bekerja sebagai seorang pegawai perkapalan.

GRAB PUNYA KUASA TETAPKAN HARGA LEBIH TINGGI

Tinjauan BERITAMediacorp mendapati tambang kereta sewa privet Grab juga meningkat sebanyak 30% pada hari-hari pertama bulan Syawal.

Atas faktor kos dan masa inilah, segelintir penumpang memutuskan untuk memilih wadah pengangkutan alternatif yang lebih menjimatkan dan memastikan acara kunjung-mengunjung dapat terus dijalankan.

Tidak lama sebelum ini, syarikat Grab mengambil alih syarikat Uber, sebuah lagi syarikat kereta sewa privet. Ini menjadikan Grab syarikat terbesar dalam pasaran khidmat kereta sewa privet setempat.

Maka itu, kata penulis portal automatif, Encik Azfar Hashim, syarikat itu mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran khidmat demikian.

"Siapa yang menguasai segmen ini, dialah raja dan raja inilah yang akan menentukan harga tinggi atau rendah. Apabila adanya Grab dan juga Uber, mungkin dari Bedok ke Geylang tambangnya $12. Tetapi sekarang setelah Grab sahaja yang menguasai pasaran ini, saya dengar harganya mencecah antara $18 hingga $20," kata Encik Azfar.

PENUMPANG CARI ALTERNATIF LAIN

Encik Rashid antara penumpang yang berpaling kepada khidmat perkongsian kereta yang lebih fleksibel dan berbaloi pada musim perayaan ini.

Selain menjimatkan belanja, khidmat perkongsian kereta memberi keselesaan kepada Encik Rashid dan isteri yang mempunyai anak kecil.

Yang jelas, penumpang yang berkeluarga seperti Encik Rashid kini bergantung kepada khidmat pengangkutan seperti ini kerana ia memudahkan lagi perjalanan mereka.

"Senang untuk kita pergi satu tempat ke tempat. Kalau kita dengan anak kecil, banyak barang perlu diangkat. Kemudian kita boleh berhenti dimana-mana," kata Encik Rashid.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan