Tambang bas sekolah dijangka naik hingga 13% pada 2024, umum MOE
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: TODAY/Wee Teck Hian)
SINGAPURA: Mulai Januari 2024, para pengendali bas sekolah akan dibenarkan menaikkan had tambang bas di bawah kontrak sedia ada sehingga 13 peratus, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (24 Ogos).
Ini menandakan kenaikan tambang buat dua tahun berturut-turut. Had tambang bas sekolah kali terakhir dinaikkan sebanyak 7 peratus pada Januari tahun ini.
"Dengan tekanan kos yang terus meningkat yang dialami oleh para pengendali bas sekolah, penyesuaian lanjut diperlukan pada tambang bas sekolah pada 2024," menurut MOE.
MOE menambah bahawa kenaikan tambang sehingga 13 peratus akan memberi para pengendali bas sekolah sedia ada "kelonggaran" untuk menaikkan tambang mereka sehingga ke had yang disemak jika perlu untuk "menyokong penyediaan khidmat bas sekolah kepada para pelajar yang memerlukannya".
"Ini akan mengurangkan risiko gangguan dan kesulitan pada keluarga pelajar dengan ketara sekiranya para pengendali tidak dapat mengekalkan operasi mereka," menurut MOE.
Ibu bapa dan para penjaga akan dimaklumkan tentang sebarang semakan tambang oleh para pengendali bas sekolah mulai September tahun ini.
Para murid sekolah rendah di bawah Skim Bantuan Kewangan akan menerima subsidi bas sekolah yang akan menampung 65 peratus tambang bas sekolah setiap bulan. Tahap subsidi dinaikkan daripada 60 peratus pada Januari tahun ini.
Mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan boleh terus menghubungi sekolah mereka untuk mendapatkan bantuan, menurut MOE.
MOE menambah ia akan terus memantau keadaan dan bekerja rapat dengan pihak sekolah dan pengendali bas untuk memastikan model perkhidmatan bas sekolah yang mampan.
Pada bulan Jun, MOE mengumumkan langkah untuk menangani isu yang dihadapi oleh para pengendali bas sekolah, seperti membenarkan mereka yang terpilih mengambil lebih ramai pemandu asing bagi mengurangkan kekurangan tenaga kerja, dan memberi para pengendali lebih kelonggaran dalam membincangkan peruntukan perkhidmatan mereka dengan sekolah dan ibu bapa.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.