Tambang bas privet ke M'sia naik seganda semasa cuti panjang Hari Vesak
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Para pelancong yang menaiki bas privet ke Malaysia pada hujung minggu ini perlu membayar harga tambang yang seganda lebih tinggi bagi tiket-tiket bas mereka.
Ini di tengah-tengah jumlah rekod penduduk yang keluar sempadan negara.
Para pengendali bas tempatan menyatakan, walaupun mereka mahu mengendalikan lebih ramai penumpang, proses yang memakan masa menjadi hambatannya.
Hampir suku juta orang berlepas dari Singapura menerusi Pusat-pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, pada Khamis (1 Jun).

Menurut ICA, jumlah itu adalah yang paling ramai sejak sempadan darat Singapura dibuka semula.
Beberapa syarikat pengendali bas yang ditemui Mediacorp menyatakan tiket-tiket bas sudah habis dijual seminggu lalu.
"Bayangkan berapa banyak musim perayaan yang kami ada dalam setahun? Jadi ia antara peluang bagi (pengendali bas) untuk menaikkan tambang.
"Bahan-bahan juga lebih mahal semasa musim perayaan, kerana anda (pengendali bas) perlu menggunakan lebih banyak sumber," ujar Encik Lim Chern Fang, Timbalan Pengarah Eksekutif, Handal Indah.
Meskipun sebilangan pengendali bas memilih untuk tidak menaikkan harga tambang pada musim perayaan ini, beberapa syarikat kecil mengenakan bayaran lebih tinggi bagi mengimbangi musim-musim di mana perniagaan mereka tidak begitu baik.
Bagi pengendali yang mahu menambah bilangan basnya pula, muncul beberapa isu.
Ini termasuk bagaimana menambah tenaga kerja dan masa yang diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan raya dan insurans.
Proses-proses demikian boleh mengambil masa sekitar tiga minggu.
Lantaran itu, sebilangan syarikat pengendali bas berharap, bagi cuti Hari Vesak ini, proses-prosesnya boleh dipermudah lagi antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.